6.

75 12 9
                                    

Welcome to Mythical High
.

.

.

.

"AAARRRGGGGHHHHHHH!!!!"

Tak mungkin! Tak mungkin! Tak mungkin!

Apa benda semua ni?! Macam mana aku boleh ada kat sini pula? Makhluk tadi... Aku yakin aku tak salah tengok! Ada antara mereka yang berbulu dan ada antara mereka yang bersayap. Dan... Dan...

Selimut aku turunkan sedikit ingin memastikan sekali lagi bahawa aku tidak salah melihat makhluk yang satu itu. Saat mataku dan iris merah darah miliknya bertemu, cepat-cepat aku masukkan kepala ke dalam selimut semula.

Sah! Memang tak silap lagi!

"Kak ponti..."

Aku memegang kepalaku lalu rambut sendiri aku tarik. Sambil menutup mata sambil itu juga aku cuba stabilkan nafas sendiri.

"Tenang Thayla, tenang. Cuba fikir positif, mungkin ini lucid dream. Kau belum bangun tidur pun lagi. Kan kau penat sangat semalam sebab 3 jam fikir pasal ayat Athan. Kau kuat tidur kut, takkan senang-senang kau bangun... Kan?"

Aku lepaskan tawa kekok sambil sehabis baik cuba menyumbat tanggapan-tanggapan positif ke dalam kepala. Tolonglah... Tolonglah cakap benda aku nampak tadi tak betul. Benda tu tak logik lah... Aku sendiri tau!

Sesiapa bangunkan aku dari mimpi ni... Ini bukan dunia fantasi yang aku mahukan...

Dalam tak sedar aku mengharap saat ini Athan menyerbu masuk ke dalam bilikku dan menyimbah sebaldi air kepadaku. Sumpah aku takkan marah dia asalkan aku bangun dari mimpi tak masuk akal ni.

"Hduja!"

"Mama..!"

Terkejut aku dibuatnya bilamana katilku tiba-tiba digegar kuat seraya selimutku ditarik secara paksa berselang dengan suara yang bahasanya tidak aku fahami. Laju aku berundur ke belakang bila melihat wajah garang di hadapanku sehingga tanpa sedar aku sudah berada di hujung katil. Sesaat kemudian-

GEDEBUK!

Punggungku selamat berasmaradana dengan lantai marmar putih dalam ruangan itu.

"Hrudh?"

Semakin panik aku jadinya bila si wajah garang itu cuba menyentuhku. Tangannya aku tepis dan laju aku bangun lalu berlari menjauhi mereka. Baru aku sedar, katilku berada betul-betul di tengah kerumunan makhluk dalam ruangan besar itu. Memalukan betul!

"Athena? Kamu tak apa-apa?" Aku menoleh ke belakang bilamana seseorang menyentuh bahuku. Bahasanya juga aku faham. Pelik.

Tapi itu tak penting sekarang!

Tangannya aku tepis kuat. "Jangan sentuh aku!"

"Athena-"

"AKU BUKAN ATHENA, LAH!" Aku teriak tepat di hadapan wajahnya sehingga membuatkan si dia terkedu begitu juga mereka yang melihat. Serta merta bisikan-bisikan yang tak aku fahami tadi terhenti.

Aku balas tatapan hairan wanita itu. "Kau... Macam mana aku boleh ada kat sini? Kau siapa? Korang siapa?!"

"Athena, dengar-"

"Aku cakap aku bukan Athena! Jangan panggil aku Athena! Aku bukan Athenaaaa!" Aku mula tantrum. Kaki aku hentak kuat berkali-kali persis anak buah aku bila mak dia tak bagi beli Kinder Joy. Lantaklah berkaki ayam sekalipun yang penting lantai dia sejuk menyegarkan.

The Kisah: Mythical Highschool (SU)Where stories live. Discover now