29.

48 6 10
                                    

"Apa pandang-pandang? Tunduk!"

"Tak nampak ke aku sedang lalu ni? Tepi lah!"

"Asal? Tak puas hati? Sini lah!"

Aku hanya mampu mengeluh sambil menebalkan muka berjalan di sebelah Serena yang seperti kita boleh nampak sangat gila kuasa. Kalau boleh setiap makhluk yang kami lalu di lorong akan dimaki padahal mereka bukan buat apa-apa pun. Serena ni saja cari pasal. Tak cukup dengan itu, Vince pula bukan main menjadi penyokong nombor satu Serena siap menjadi batu api lagi.

Sebodoh-bodoh kawan-kawan aku di alam manusia sana, tak pernah lagi lah aku rasa malu sampai macam ni sekali bila berjalan dengan mereka. Ini bukan bodoh buat-buat lagi ni.

"Astaga malunya aku." Kataku sambil berusaha menutup wajah sendiri menggunakan tangan.

"Takkan baru macam ni kau dah mengalah, Thayla?" Soal Warren dalam nada memerli lalu tersengih. "Lemah."

"Kau tak malu ke?"

"Setakat macam ni, easy level. Kan, Melur?" Kata Warren dan dibalas anggukan setuju Melur. Kedua mereka tampak selamba saja macam benda ni mereka sudah selalu hadap.

Atau memang?

"Setakat teriak orang apalah sangat. Kau tak nampak lagi macam mana rupa kau dengan Vince jadi monyet tadi. Itu lagi mencabar." Kata Melur tenang sambil menggulung-gulung hujung rambut sendiri.

Aku membuka mulut lalu menutup kembali. Tak mampu membalas memandangkan apa mereka cakap tu betul. Sekarang ni aku hanya dapat mengharap mereka tak ada niat untuk melencong kemana-mana dan terus ke kelas saja supaya tiada benda bukan-bukan jadi.

Aku tarik lengan baju Serena dan Vince memaksa mereka berhenti daripada berlagak seperti samseng. "Korang tak malu ke?"

"Tak. Kenapa?" Balas Vince selamba menyebabkan aku rasa nak gosok muka dia di jalan tar sekarang.

"Kita ni kena ada urat malu juga kadang-kadang tau."

"Buat?" Serena pula menyoal. Aku pandang mereka berdua tak percaya. Bengap tak buat-buat nampaknya.

"Sebab memang macam tu, Serena. Mana boleh kau sembarang teriak orang tak tentu pasal. Kau nak cari pasal ke apa?"

"Kalau aku cari pasal pun kenapa? Aku kan paling berkuasa kat sini? Oh, kedua lah. Selepas kau." Balas Serena tanpa rasa bersalah sambil jalan membelakang. "Aku puteri, siapa je berani lawan aku?" Penuh riak Serena berkata menyebabkan aku pula rasa menyampah.

"Ini tak lama lagi ada nangis ni." Kata Warren hanya memandang Serena yang ketawa jahat macam watak penjahat dalam cerita disney.

Aku yang mulanya tak faham maksud Warren kemudian tersengih bilamana melihat satu figura berjalan ke arah kami. Aku memandang ke arah Serena lagi yang nampaknya masih tak sedar kehadiran seseorang itu.

"Kau tak takut kena karma ke? Balasan express." Soalku cuba memberi isyarat kepada Serena. Malangnya dia macam tak faham.

"Aku tak takut sesiapa pun lah. Sinilah datang depan aku kalau berani." Kata Serena lagi penuh riak. Tubuh kemudian dipalingkan semula memandang hadapan. Serta merta wajahnya berlanggar dengan badan seseorang.

"Tu, karma dah sampai." Bisik Melur manakala aku tersengih jahat. Mampus lah kau riak sangat.

"Amende siak?! Tak reti jalaa...an..." Macam aku jangka, Serena langsung terdiam. Kepalanya yang sejak tadi mendongak megah serta merta menunduk bilamana matanya bertentangan dengan mata orang paling dia takuti di sekolah.

Ya, Zachary Faith Zeus.

"Selamat tengah hari..." Ucap Serena dengan takut-takut.

"Kenapa tiba-tiba senyap ni? Bukan tadi suara kau ke dari hujung koridor ke hujung koridor boleh dengar?"

The Kisah: Mythical Highschool (SU)Where stories live. Discover now