18.

64 10 11
                                    

"Athena!" Zachary laju bergerak ke arah aku. Kemejanya turut terdapat kesan merah hasil titisan darahnya yang mengalir dari hidung. Kedua belah bahuku digenggam dan ini pertama kali aku lihat wajahnya mempamerkan ekspresi kerisauan.

"Athena..." Nadanya menjadi sedikit perlahan. Tanpa jijik darah yang mengalir dari hidungku disentuh lalu dipandang. Lantas wajahnya membengis sedikit. "Siapa buat ni?"

Aku terdiam. Tidak tahu sama mahu jujur atau tidak. Aku pandang Melur dan Serena, masing-masing tak mahu memandang aku. Budak-budak duyung tu pula semua baru nak buat muka bersalah. Vince dan Warren semestinya menyuruh aku jujur saja.

Tapi aku tak tau kebodohan jawapan aku ni terjadi kesan otak bergegar kena tamparan maut si duyung tu atau aku memang bodoh sedia.

"Takdelah. Langgar tiang."

Haha anak syurga betul kau ni Thayla.

Wajah Zachary langsung berubah kepada wajah menyampah. Keluhan dilepaskan. "Sekarang pun nak menipu ke? You-- haihh... Werewolf."

"Tuan."

Eh, Warren!

"Tell me."

"Them." Seperti anjing patuh, Warren menunjuk ke arah sekumpulan pelajar laut itu. Mereka-mereka yang ditunjuk lantas menunduk bilamana rata-rata pelajar memandang mereka jelek.

Sekejap, ni apa pasal macam ni? Diorang ada masalah dengan pelajar lain juga ke apa?

Zachary menegakkan semula badan dari terus menyamakan paras mata kami. "Who did it?" Soalnya menekan satu persatu ayat dan memandang mereka tajam.

Dan yang paling mengejutkan, saat itu juga dewan seakan bergegar hasil dentuman sesuatu. Seperti disambar petir. Aku pandang Zachary tak percaya. Dia ni biar betul ada kuasa Zeus?!

"AKU TANYA SIAPA?!"

GURUDUM DUM DUM!

Sekali lagi guruh seakan menghempas atap dewan tetapi dengan lebih keras. Gegaran lebih kuat sehingga ada beberapa pelajar yang terteriak kecil. Kedengaran dentuman guruh seiring percakapan Zachary seakan ia sedang memberi amaran untuk tidak menaikkan amarah seorang Zachary Faith.

Aku yang juga merupakan manusia biasa dan agak tak suka dengan guruh lantas menutup kepala dengan tangan.

"P...pakcik..." Aku cuba capai hujung lengan baju Zachary, tapi langsung tak diendahkan.

"Mengaku jelah!" Disaat tiada antara orang laut itu yang mahu mengaku, seseorang daripada kalangan pelajar dalam dewan berteriak kearah mereka. Aku syak dia dah takut dengan bunyi guruh tu juga.

"S...saya." Takut-takut si duyung yang paling hadapan mengangkat tangan. Ah, betullah. Dia lah tu yang tampar aku tadi.

Zachary memandang gadis itu lalu mengeluh. "Another senior? That's very unexpected of you, Yves." Zachary kemudian memandang kami berlima. "Semua yang terlibat ikut saya. Dan saya yakin, kamu berlima pun terlibat sekali kalau Athena pun ada."

"Eh, kejap. Tapi tuan, saya tak terlibat kalini. Kan Warren?" Vince yang kali ini nampaklah kemas sikit depan Zachary berbanding dulu, mengangkat tangan memberitahu fakta bahawa dia taklah nakal sangat.

"Susah nak percaya kalau kau yang cakap." Malangnya Zachary agak trauma dengan Vince. Tak apa, kerisauan itu amatlah difahami.

"Betul, tuan. Kalini saya-- urk Warren!"

"Ikut jelah..." Warren tarik hujung kolar baju Vince untuk menyertai kami.

Bagus. Lagi sekali muka kami berlima dalam pejabat pengetua sebab buat masalah. Rasanya kitorang ni memang muka bala lah.

The Kisah: Mythical Highschool (SU)Where stories live. Discover now