7.

79 12 20
                                    

Saya bukan ikut mitos sebenar. Saya buat-buat ja. Ingat tau.
.

.

.

.

"Kau cakap elok-elok sikit, boleh tak?!" Tempelak aku pada makhluk di depan ni. Dia ni... tak faham betul aku apa masalah dia dengan aku. Mulut kemain kencang teriak orang dari tadi.

Nyaring tau tak suara dia? Sedap macam Shila Amzah tak apa juga, ini macam shibal sekiya ja adalah.

"Aku cakap elok-elok lah ni!" Sekali lagi dia berteriak. Dan macam aku cakap, suara dia nyaring buat telinga aku berdesing. Pekak juga aku lama-lama ni.

"Elok pebenda kuat camtu, siyal. Ingat sikit kau tu ikan, aku manusia. Aku siang kau buat ikan masak tiga rasa kang nangis." Akibat dari kata-kataku, mereka yang berada di sekeliling, yang sejak tadi mengerumuni kami melihat pertengkaran antara pelajar tahun pertama ini- melepaskan ketawa kecil. Tengok tu? Diorang pun terhibur.

"DIAAAAMMM...!"

Aku tutup telingaku bilamana kali ini dia sengaja pula berteriak semacam kuatnya. Kerana tak dapat menahan sabar dari tadi menjadi mangsa kena teriak dia, aku ambil keputusan untuk teriak padanya semula. Kau sabar, kau sabar... Aku ni dari tadi cuba jadi baik taknak besarkan masalah tapi kau pula melebih-lebih. Jangan sampai aku cabut telinga runcing kau tu bagi makan kak ponti sana.

Kepalanya aku pegang dan dengan sekuat hati berteriak di tepi telinganya yang besar. "TAK PAYAH TERIAK BOLEH? KAU KAKI DAHLAH SIRIP IKAN, JANGAN SAMPAI AKU CABUT INSANG KAU. NAYA KANG!"

"ARGHHH!"

Dia tolak aku menjauh lalu memegang kepalanya. Sah, kepala member dah sakit. Hah... tau kau berdesing telinga. Tau sakit. Cari pasal dengan aku lagi. Padan muka

"ARGHH TSKK... SAKIT!"

Aku tersengih mengejek saja. Fikir buat muka terpaling terseksa tu aku kesian lah?

"Tak payahlah nak drama sangat. Aku teriak bukan sekuat kau pun. Lek ah... Drama lebih." Aku terhibur melihat si dia yang mula meringkuk di atas lantai sambil memegang telinga sendiri. Terdengar juga gelakkan-gelakkan kecil di sekelilingku.

Beberapa ketika... Dia masih dalan keadaan sama sepertinya kesakitan itu tak berkurangan. Ni pahal lama sangat effect dia?

Perlahan-lahan senyuman mengejekku memudar bilamana nampak seperti kesakitan yang dialami si makhluk tu sepertinya tak dibuat-buat. Lebih mengejutkan bilamana perlahan-lahan terdengar tangisan kecil datang darinya. Ni apa kes pula! Takkan sebab malu orang tengok dia berguling atas lantai je?

"Weh, bangunlah nok. Tak payah drama sangat. Aku teriak sikit je..."

Aku nampak darah merah pekat mula keluar dari celahan telinga si makhluk.

"...pun?"

Semua kami yang melihat keadaan si makhluk kini terdiam. Masing-masing mula saling berpandangan tapi tak seorang pun berani mendekat. Itu... Itu memang darah ke?

"K...kau ok?" Aku cuba menyentuh dia. Weh... Tu aku yang buat ke? Sumpah weh, aku tak sengaja. Aku cuma nak lawan teriak dia je tak sangka jadi macam ni. Aku tak berniat langsung nak sakiti sesiapa. Sumpah!

"Apa benda bising-bising kat sini masa-masa sekarang ni? Kenapa kamu semua tak masuk kelas lagi?" Tepat sebelum sempat aku buat apa-apa, seorang makhluk berpakaian formal- melangkah mendekati kami semua. Aku rasa ni guru yang tarik selimut aku lepastu aku tak faham apa dia cakap. Sekarang, macam aku jangka aku dah boleh faham apa dia cakap.

The Kisah: Mythical Highschool (SU)Where stories live. Discover now