13.

56 9 10
                                    

•The Roxburgh Family
.

.

.

.

Sudah hampir pukul 1 tengah hari dan kelibat Athayla masih tak kelihatan di mana-mana pelusuk rumah. Sejak kelmarin batang hidung satu-satunya puteri keluarga Roxburgh itu tidak keluar dari biliknya sehinggalah sekarang. Sang abang sudah keluar begitu juga papa dan mama, masing-masing dengan kesibukan duniawi. Athan pula sedang menunggu masa untuk keluar bermain bola dengan rakan lain seperti biasa.

Tapi aneh... Hatinya agak tidak tenang selagi tidak melihat wajah sang kakak. Walaupun wajah tu selalu buat dia rasa nak jadi pembunuh tapi lepas apa yang jadi antara mereka, sedikit sebanyak dirinya ada juga dijentik rasa bersalah. Sebenarnya bukanlah niat hendak buat si kakak mengamuk begitu sekali, tapi kemarahannya benar-benar dicabar tika itu. Otaknya agak tidak dapat berfikir lurus sehingga tanpa sengaja tersakitkan hati Athayla pula. Selepas hukuman Athayla habis, memang dia berniat mahu meminta maaf juga.

Dia nak guna duit sendiri beli ais krim neopolitan untuk Athayla apa.

"Dah kenapa lambat sangat minah ni bangun?" Athan menyoal diri sendiri. Athan berdiri di hujung tangga yang membawanya ke tingkat dua. Teragak-agak namun akhirnya kaki dibawa melangkah juga ke atas dan terus ke hadapan bilik Athayla. Telinga ditekap ke pintu untuk memeriksa sama ada kakaknya sudah bangun atau belum tapi tak ada pula bunyi.

Toktoktok!

"Kak! Aku nak keluar ni, kau belum bangun ke?" Athan menyoal selepas mengetuk pintu. Athayla tu dilarang keluar rumah bukan keluar bilik tau. Mana dia ni?

Tiada sahutan.

Kening Athan berkerut. "Kak! Athayla! Kak bangun! Siang dah ni oi anak dara!"

Toktoktok!

Sekali lagi tiada sahutan. Athan sudah terfikir bukan-bukan. Perempuan tu tak bunuh diri kan? Tombol pintu dipulas dan ajaibnya buat pertama kali pintu bilik gadis itu tidak berkunci. Laju Athan meluru masuk ke dalam, mengharapkan Athayla masih lena di atas katilnya.

"Kak--"

Seperti mahu gugur rasanya jantung Athan tatkala melihat Athayla tiada dalam biliknya. Lebih mengejutkan bila ada ruang kosong dalam bilik Athayla yang sepatutnya menempatkan katil gadis itu namun kini hanya menampakkan debu tebal berbentuk segi empat dengan plastik gula-gula dan keropok serta baju lama yang disembunyikan di bawah katil saja.

Pengotor teruk perempuan ni.

"KAK!" Laju Athan menggeledah bilik Athayla. Almari dibuka namun semua baju-baju Athayla masih di sana. Bakul penuh kain kotornya juga ada tak berusik. Dia keluar sehelai sepinggang kah? Beg-beg Athayla juga masih ada. Selain beg sekolah, memang beg Athayla ada cuma luggage. Takkan minah tu lari bawa luggage pula? Baju semua ada sini.

Apa yang hilang dalam bilik Thayla cumalah... katil.

"Dia lari bawa katil ke?" Athan menggaru belakang kepala sendiri. Dia tahu kakaknya sangat pemalas dan suka tidur tapi... agaklah lari rumah bawa katil kan? Athan tau kakaknya kadang tak boleh jangka, tapi manusia normal mana ja buat macam tu?

Athan agak terkesima namun dia cuba tepis persoalan itu tika ini. Telefon dibawa keluar dari kocek seluar dan nombor abang Athler didail. Beberapa deringan, akhirnya panggilan berjawab.

The Kisah: Mythical Highschool (SU)Where stories live. Discover now