Athayla p.o.v
"Shit, I'm late!" Aku berlari selaju mungkin menuju kelas sambil memegang jubah merah bata yang tak sempat aku pakai tadi. Sudahlah stokin pun baru sebelah aku pakai. Aku cuma boleh mengharap sebelah lagi stokin yang aku letak dalam poket tadi tak jatuh masa sedang berlari. Sebab ni jugalah kenapa aku suka pakaian sekolah kami. Sebab boleh berlari. Pakai apa? Haha, kat sini perempuan pun pakai seluar!
Seronok kan?
Sebenarnya boleh je kau pilih kalau nak pakai skirt tapi memandangkan aku sedar diri aku lasak macam tersilap jantina, jadi aku pilih untuk pakai seluar. Kalau aku feeling feeling gegirl baru aku pakai skirt. Nanti Warren dengan Vince jatuh cinta kat aku susah pula terpaksa tahan diri dari bagi madu kat Danzel yang kat alam manusia sana hehehehehe!
'Laaa...'
Eh?
'thaylaa...'
Anyway. Berbalik kepada kisah asal tadi--
"Athaylaa...!"
Aku dengar seseorang sejak tadi berteriak memanggil-manggil namaku dari belakang, lantas aku berhenti daripada berlari sambil-sambil membetulkan ikatan rambut lalu berpaling memandang arah datangnya suara tadi. Siapa pula pagi-pagi main test suara ni?
"ATHAYYYLAAAA...!"
Sekali lagi suara itu berbunyi. Berpaling saja aku ke belakang, mataku langsung terbuka besar melihat Serena dari jauh lagi berlari laju ke arahku sambil mendepakan tangannya.
"CATCH ME!
Sheet.
"SERENA, JANGAN--"
Tak sempat aku melarikan diri, Serena lebih dulu sampai dan melompat ke atas belakang aku. Kerana aku belum bersedia menerima beban yang tiba-tiba, akibatnya kami berdua jatuh bergulik beberapa meter ke depan. Aku dengar Serena ketawa suka padahal aku dah macam ulat bulu terbaring di lantai.
"Auhhh..." Aku mengadu sakit bilamana bahuku yang tergeser dengan lantai koridor yang keras, aku cuba gerakkan. Hah bagus, kelas tak mula lagi baju aku dah macam baru habis perang.
"Kau ok tak ni?" Dengan wajah tak bersalahnya Serena bercangkung di hadapan aku. Matanya terkelip-kelip memandang aku polos. Aku hanya mengangguk sebagai jawapan. "Mana sakit?" Bahuku disentuhnya. Serta merta badanku menggeliat menahan pedih.
"Sakit, bego!" Aku tolak tangannya. Lengan baju aku tarik sehingga ke bahu. Seperti aku jangka ada luka geseran pada bahagian sendi bahu. "Shibal." Aku mengeluh lalu menurunkan lengan baju. Aku cuba berdiri namun--
"Adedeh! Adeh!!" Aku jatuh kembali bilamana bahagian buku lali pula sakit. "Aduhhh...! Apa lagi ni?!" Marahku sendiri. Kenapa malang sangat hari aku ni?
Aku mendengus geram lalu menarik dan menghembus nafas cuba mencari semula ketenangan yang awal pagi larikan diri dari aku.
'Athayla comel, Athayla cantik, Athayla pretty. Orang cantik tak cepat marah. Sabar Thayla, sabar.'
Aku berpaling memandang Serena semula yang masih setia mencangkung di hadapan aku walaupun dah kena tolak tangan tadi. Terkelip-kelip matanya memandang aku namun tak ada suara keluar dari mulutnya.
"Sirip."
"Ya?"
"Kaki aku sakit. Tak boleh gerak."
Serena senyap seketika memandang muka aku, kaki aku kembali kepada muka aku lalu tersenyum lebar dan mengangguk. "Oh, faham!"
YOU ARE READING
The Kisah: Mythical Highschool (SU)
FantasiA M A R A N ❗ • Ada mengandungi kata-kata kesat. Jangan ikut. • Beberapa bab terawal sangatlah dipenuhi dengan makian dan cringe. • Slow-paced plot -•-•- Once upon a time, when wattpad have Hotel Transylvania. -•-•- Athayla Roxburgh, 16, a human. Me...