"ARGHHH THIS IS NOT FAIR!"
Kuat aku berteriak sambil menekup muka pada permukaan bantal. Yalah, nak teriak kuat-kuat mampus juga aku kena teriak balik. Selepas berteriak itu, aku tumbuk-tumbuk pula bantal tersebut untuk melepas geram dan amarah. Kalau bukan disebabkan Athan, memang sampai sekarang papa mama tak tau aku bercinta dengan Danzel. Sudahnya, papa mama taknak bercakap dengan aku langsung bila aku cuba terangkan.
Kau faham tak sakit kena palau ibu bapa tu? Aku lagi sanggup kena marah daripada tengok diorang kecewa tau tak? Dengan abang Athler yang tak habis-habis ulang ayat sama.
"Diorang hantar kau belajar, bukan bercinta. Dahlah result kau memang teruk, dah bercinta pula makin bebal jadinya." Kalau dia cakap itu ja aku boleh tahan lagi tau, tapi dia sambung mat. Dia sambung. "Athan cakap boyfriend kau budak pandai. Terfikir jugalah pahal couple dengan orang pandai tapi kau tetap tak pandai."
Ini... Ayat nilah selalu aku dengar kalau aku keluar bilik nak pergi tandas atau makan. Kau faham tak dengar ja ayat kedua tu, auto niat nak pergi tandas tu hilang. Dari penuh pundi kencing, dia terus kosong balik. Kena proses penyejatan ke apa aku pun tak tau. Jadi peluh gamaknya.
Yang pasti, sejak dapat tau aku berpunya, abang Athler tak habis-habis hina aku. Cakap pasal aku seorang tak apa, ini dia duk bandingkan aku dengan Danzel pula. Tak tau dia sebenarnya restu ke tak aku dengan Danzel. Taulah cemburu sebab umur tua dari kita tapi tak laku eii.
"NAK KELUAR!"
BUK!
Sebiji bantal aku baling sehingga tepat mengena pintu. Hasil daripada balingan tersebut, bunyi dentuman kuat telah terhasil. Aku tak kesah, memang aku nak diorang dengar pun biar diorang tau aku tengah tantrum. Orang cakap anak tengah memang selalu buat hal? Hah ya, betul lah tu. Ni biar aku tunjuk macam mana aku memberontak pula.
"ATHANAEL BABI!"
BUK!
Sebiji lagi bantal selamat dibaling mengena pintu. Tempat sama aku baling bantal pertama tadi. Kali ini bunyi dentuman terhasil lebih kuat dari yang pertama tadi. Dua biji bantal kecil yang selalu aku peluk memandangkan aku tak minat bantal peluk panjang macam pocong tu- aku angkat.
"I HATE YOU!"
BUK!
Bantal ketiga turut selamat mendarat di atas bantal kedua yang aku baling tadi. Kali ini bantal keempat iaitu bantal terakhir yang aku ada, aku angkat bersedia untuk membalingnya sambil-sambil berfikir ayat apa lagi aku nak teriak.
Klik.
"GO DIE—"
Pergerakanku terhenti tatkala serentak aku mengucapkan ayat membawa kederhakaan, saat itu juga pintu bilikku dibuka dari luar. Sekujur tubuh tinggi lampai berserta wajah beku memandang aku dengan wajah tanpa ekspresi miliknya. Matanya terlihat seakan memandang aku redup namun masih terasa kedinginan disebalik pandangan itu.
Mampus. Mampus. Mampus. Mampus.
MAMPUSLAH AKU!
Sebelah keningnya naik tinggi. Tubuhku yang masih kejung dalam posisi sama ditilik atas ke bawah dengan pandangan yang mula berubah tajam macam saja aku sedang role-play jadi Maria Ozawa sekarang. Sebelah tangannya pula dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Nak buat apa bantal tu? Nak baling? Hah baling lah, baling." Katanya sambil ingin membuka pintu lebih lebar namun terhalang dek tiga biji bantal yang aku baling tadi.
Perlahan-lahan, bantal keempat yang aku baru berniat mahu baling— aku turunkan. Soalannya seperti biasa aku tak mampu balas. Siapa yang aku maksudkan dengan perkataan 'seperti biasa' itu? Ya, semestinya si abang, favourite child papa mama, Athalerian Roxburgh. Haih... Entah bala apa lagilah aku kena sekarang ni. Baru berapa saat mula tantrum, dah kena tangkap mamat ni. Zaman sekarang nak tantrum pun susah.
YOU ARE READING
The Kisah: Mythical Highschool (SU)
FantasiaA M A R A N ❗ • Ada mengandungi kata-kata kesat. Jangan ikut. • Beberapa bab terawal sangatlah dipenuhi dengan makian dan cringe. • Slow-paced plot -•-•- Once upon a time, when wattpad have Hotel Transylvania. -•-•- Athayla Roxburgh, 16, a human. Me...