15.

61 11 8
                                    

"Bagus, bagus. Inilah kumpulan yang saya maksudkan. Saya mahukan keseimbangan. Antara semua kumpulan, kumpulan kamulah yang paling sempurna. Tahniah." Tersipu malu aku dibuatnya bilamana kumpulan aku dipuji oleh guru tadi padahal tak sengaja pun. Tak sangka pertama kali perangai ikut kawan ni membawa hasil yang baik.

Warren berkelebihan di darat, Serena laut dan Vince udara. Aku? Bukan nak minta puji tapi cikgu cakap aku kepala kumpulan ni sebab aku yang menyusun strategi. Kenapa? Sebab aku manusia MUAHAHAHAHAHA!

---

Dan itu apa yang terjadi di awal-awal sahaja. Saat tugasan bermula, percaya tak bila aku cakap hanya Warren seorang berguna?

"WAA-RREEEENNNNN!" Nyaring teriakan aku sambil cuba bersembunyi di sebalik pelindung daripada robot merah putih yang sejak tadi mengejar aku. Pedang yang tadinya diberikan kepada aku sudah hilang entah ke mana aku pun tak tahu.

"Sekejap! Aduh... Serena!" Warren yang sudah berubah kepada werewolf sepenuhnya dan berada tidak jauh dari aku, masih sehabis baik cuba menjatuhkan sebanyak mana robot yang mungkin, menjawab dalam nafas kepenatan.

Serena aku nampak sudah sangat pasrah diangkat seperti guni beras di bahu salah satu robot kuning di sana. Langsung tak bergerak seperti patung tak bernyawa.

"Aku pasrah. Aku pasrah." Katanya dengan muka kepenatan.

"Serenaaa aduh...!" Warren berlari ke arah robot yang mengangkat Serena lalu melompat dan dengan menggunakan kuku tajam dan besarnya, Warren mencakar belakang robot tersebut sehingga besinya koyak. Serena kemudian diangkat dengan sebelah tangan di bawah ketiaknya. Selepas itu Warren berlari mendapatkan aku dan mengangkat aku di bahunya.

"Kau dua ni menyusahkanlah." Katanya pada kami sambil berusaha berlari mengelak daripada diserang robot lain.

"Aku pasrah..." Serena masih dengan ayat sama.

"Diamlah, bodoh."

"Dua-dua pun diamlah." Kata Warren tanpa nada.

"STOP!" Disaat Warren kelihatan seperti akan putus nafas bila-bila masa, akhirnya perkataan yang ditunggu-tunggu kedengaran. Warren lantas berhenti daripada berlari bilamana robot-robot lain juga berhenti.

Warren menurunkan kami berdua. Serta merta dia berubah kepada rupa asal manusianya lalu terbaring lelah di lantai stadium dengan tangan dan kaki terbuka. Dadanya berombak kencang, dahinya dibasahi peluh. Sangat menampakkan betapa penatnya dia.

Dengan rambut masing-masing yang sudah tak terurus, aku dan Serena duduk di samping Warren berserta wajah pasrah. Melihatkan sepasang kasut yang kini sudah berada di hadapan kami, tahulah sekejap lagi masing-masing akan dimarah.

"Mana lagi satu ahli kumpulan kamu?" Soalan pertama daripada si guru baru menyedarkan mereka bertiga bahawa sejak tadi kelibat Vince langsung tak kelihatan.

Meliar mata aku dan Serena cuba mencari Vince tapi langsung tak kelihatan batang hidungnya. Tiba-tiba seekor kelawar kecil muncul terbang mengelilingi kami. Anehnya kelawar tu tak nampak menakutkan atau menjijikkan. Aku baru mahu mempersoalkan dari mana pula datang kelawar pagi-pagi buta ni sebelum aku tersedar sesuatu. Dengan pantas aku tangkap kelawar itu dan aku cekik lalu aku serahkan kelawar tersebut kepada si guru.

"Mampus kau." Sempat aku beri pesanan ringkas tepat di hadapan wajah kelawar tu. Biar dia trauma tengok muka aku besar-besar.

Si guru sekadar memandang senyap kelawar dalam pegangannya dengan pandangan tajam sebelum mengeluh keras. Kelawar tersebut dilepaskan dan serta merta Vince berubah kepada rupa manusianya semula.

"Uhuk uhukk! Kau memang tak guna, Thayla uhuk uhuk!" Kuat Vince terbatuk sambil memegang lehernya.

"Kamu kat mana tadi?" Soal si guru mendiamkan Vince seketika. Vince tersengih.

The Kisah: Mythical Highschool (SU)Where stories live. Discover now