31.

50 7 15
                                    

Athayla's p.o.v

Seperti kanak-kanak dibelanja ais krim paddle pop, aku berskip riang melalui koridor bangunan untuk bergerak ke kelas seterusnya bersama rakan sekelas lain. Pandangan judgemental rakan-rakan sekelasku termasuk Melur, Vince, Warren dan Serena juga tidak aku endahkan. Bukan aku tidak tahu apa sebab mereka beri aku pandangan begitu. Semestinya sebab selepas ini merupakan kelas tentang kepentingan alam sekitar dan sebagai seorang manusia normal yang hanya tau membuat pencemaran, aku tak suka kelas ni. Tapi tiba-tiba pula aku gembira semacam, tak hairanlah mereka takut.

"Dia tu kenapa?" Aku dengar Vince berbisik.

"Syush... Jangan tegur dia. Mungkin dia tengah broken." Aku dengar suara Melur pula turut berbisik.

Walaupun aku rasa nak sepak saja mereka berdua, tapi mujurlah kegembiraan aku melepasi segalanya sekarang jadi sebagai seorang Athayla Roxburgh Athena yang baik lagikan cantik aku palau mereka. Jujurnya aku tak tau sejak bila Melur pandai buat aku menyampah, yang pasti jelas-jelas ini ajaran si Vince ni.

"Warren, aku takut dengan dia." Kali ini bisikan Serena pula aku dengar.

Langkah aku berhentikan. Secara automatik, kesemua rakan sekelasku turut menghentikan langkah mereka. Ya, memang aku jalan paling hadapan sejak tadi sebab tak ada sesiapa pun berani potong aku padahal ruang tepi aku besar juga. Di bahagian kiri saja siap boleh lepas 2 orang satu masa. Pun tak mahu juga.

Aku berpaling memandang mereka manakala seperti bertelepati antara satu sama lain, mereka serentak menapak selangkah ke belakang sambil membuat muka was-was. Adalah dalam 5 saat juga aku memandang mereka sebelum tiba-tiba mengorak senyuman lebar lalu kembali berpaling dan meneruskan perjalanan tanpa mengatakan apa-apa.

Diorang fikir aku hairan dapat pandangan macam tu? Ini Athayla lah. Dilahirkan memang untuk buat masalah. Aku umur 9 tahun pernah hampir masak Athan betul-betul untuk jadikan lauk masa main masak-masak. Nasiblah abang Athler awal balik dari keluar melepak, kalau tak dah jadi kanibal keluarga aku sekarang.

Pengajaran dari pengalaman aku ni adalah, jangan tengok Happy Tree Friend kalau belum cukup umur. Lagi-lagi kalau jenis cepat terpengaruh macam aku. Aigoya...

"Thayla, kenapa kau gembira?" Dari hadapan aku dengar suara Vince yang berada di belakang aku, menyoal.

"Senyum pun berdosa ke sekarang?" Soalku semula masih dengan nada gembira.

"Aku dah suruh kau diam kan?" Suara Melur pula kedengaran menegur Vince.

"Taklah, muka dia gembira lagi seram dari muka kau. Ke dia sebenarnya pontianak juga?" Balas Vince sebelum bercakap dengan aku semula. "Thayla, janganlah senyum. Buruklah--"

Serta merta aku menghentikan langkah lalu sekali lagi rakan-rakan yang lain turut berhenti. Aku pandang Vince dengan mata yang memincing. Serta merta dia cuba menyembunyikan wajah di sebalik rambut hitam milik Melur.

"Kan... Aku dah cakap tadi." Kata Melur kepada Vince lagi.

"Kau... Aku taknak tunjuk apa aku jumpa nanti. I forbid you." Kataku pada Vince.

"Kau jumpa sesuatu?" Soal Vince mula kelihatan berminat. Aku mengangguk sebagai jawapan. "Kau jumpa apa?" Soalnya lagi.

Aku menggeleng lalu meneruskan perjalanan yang tergendala tadi. "Taknak bagitau kau."

"Eh?! Mana boleh macam tu."

"Boleh je. Aku bagitau yang lain, kau tak payah." Jawabku bernada merajuk.

"Aku tanya diorang nanti."

"Diorang taknak bagitau kau."

"Warren nak." Balasnya yakin sambil menunding ke arah Warren di belakang yang tenang saja berjalan meskipun dipaksa menjadi tukang angkat buku Melur, Serena, aku dan Vince. Sebenarnya dia nak tolong kami yang perempuan saja tadi si Vince tu pula pandai-pandai selitkan buku dia. "Kan Warren?"

The Kisah: Mythical Highschool (SU)Where stories live. Discover now