Serena p.o.v
"VINCE VON DIOR!" Bergema seluruh arena dengan teriakan nyaring Melur yang mengejar Vince. Semua kami menutup telinga kerana teriakan yang membingitkan tu. Mujurlah telinga aku sekarang bukan telinga sebenar aku kalau tak... Fuhh mungkin berdarah lagi macam hari pertama dulu. Trauma!
"Sudahlah tu, Melur. Aku yang penat tengok kau." Dengan malas Warren menahan Melur dari terus mengejar Vince yang sudahlah sedia penat, naik je dari gelanggang terpaksa pula lari dari Melur.
"Apa lagi kau tak puas hati ni? Aku lawan kan kalini?" Kata Vince tak puas hati sambil berusaha menarik nafas cuba menstabilkan pernafasan yang sudah tidak teratur.
Untuk pengetahuan korang, kami buat lagi latihan lawan robot apa benda tah tu. Alaa, yang angkut aku macam guni tu. Hah tu. Habis ja masa rehat tadi kitorang terus bergerak ke arena. Jadi memang tak hairanlah kalau si Melur ni macam ganas sikit. Maklumlah baru kena aniaya tadi. Alang-alang Vince pun dah malukan dia tadi jadi rasanya dia nak balas dendam kat arena lah kot.
"Tak memuaskan! Grrr! Warren lepaskan aku. Aku nak gigit dia!" Aku menjarakkan diri dari Melur bila nampak dia tiba-tiba nak gigit Vince. Aku dahlah memang tak berapa dengan dia sekarang, makin seramlah aku tengok dia mengganas.
"Sudah Melur, sudah! Bagi dia rehat dulu."
"Entah. Pengganas!"
"Kau pun satu. Tak payah balas!"
"Badan kecil tapi ganas!" Vince masih tak puas hati. Mungkin dia rasa selamat dah kot sebab Warren sedang tahan Melur.
"Vince-- you know what, aku give up. Pergilah gigit dia." Sejurus sahaja Warren lepaskan Melur, kedua makhluk itu kembali berkejaran seluruh kawasan arena.
Tak ada siapa yang kesah sebab pemandangan ni memang dah balik-balik jadi. Tak sampai sebulan pun kat sini, aku boleh cakap peristiwa Vince kena dera Melur dah tak boleh dikira pakai jari. Hilang dah kiraannya. Warren pula terus duduk bersila dan mengipas muka sendiri menggunakan tangan sambil memandang saja Vince yang sedaya upaya melarikan diri darpada Melur sambil mulut tak habis memaki hamun Warren. Kerja cuma memastikan dua makhluk tu tak cederakan sesiapa. Diorang nak berbunuh sampai tulang patah riuk tak apa, jangan cederakan makhluk lain sudah. Aku kesian sebenarnya dengan Warren. Semua benda dia yang kena urus. Tapi siapa suruh kawan dengan diorang. Bukan masalah akulah.
"Kau nampak cool tadi." Aku yang sedang leka menikmati pemandangan Vince didera Melur- terkejut lalu memandang ke sisi dimana Athayla tiba-tiba muncul. Dia baru puji aku ke?
"Err, thanks?"
"Aku tak tau pula kau pun boleh wujudkan air macam duyung tu. Aku fikir kau kawal je."
Aku pandang dia lama lalu mengerutkan dahi. "Kau dapat tanda-tanda nak mampus ke?"
"Wah kau, main kasar nampak?" Barulah dia kembali normal.
Aku tak dapat tahan diri dari ketawa bila nampak muka menyampah dia. Puas hati betul tengok.
"Fine. Thank you." Aku masih tersengih. Entah kenapa tapi sejujurnya aku seronok bila berbual dengan Athayla walaupun setiap kali bercakap memang tak lari lah dari cari pasal tu. Tapi aku tak terasa langsung... Okay, mungkin ada tapi lebih banyak rasa seronok dari menyampah. "Kau nak apa?"
"Maksud?"
"Kau nak apa dari aku?"
"Dah buat apa aku minta apa-apa dari kau? Kau pisang pun tak kenal."
"Yelah dah tiba-tiba main puji-puji."
"Takdelah, aku cuma terkejut sikitlah sebab rupanya kau ada kebolehan sama dengan duyung-duyung tu... Tak, bila fikir balik kau macam lagi kuat." Dia seakan berfikir. "Tapi pahal kau pula jadi orang suruhan diorang eh?"
YOU ARE READING
The Kisah: Mythical Highschool (SU)
FantasiaA M A R A N ❗ • Ada mengandungi kata-kata kesat. Jangan ikut. • Beberapa bab terawal sangatlah dipenuhi dengan makian dan cringe. • Slow-paced plot -•-•- Once upon a time, when wattpad have Hotel Transylvania. -•-•- Athayla Roxburgh, 16, a human. Me...