"ARGHHHHHHHH!"
Pagi-pagi buta lagi, dorm bahagian perempuan sudah dikejutkan dengan teriakan nyaring seseorang. Dan seseorang itu, amat memalukan kerana ia tidak lain dan tidak bukan teriakan aku. Kalau di dunia manusia, belum pun sempat ayam berkokok, aku sudah membuat onar.
Rata-rata pelajar yang berada berdekatan dengan kawasan aku terbangun begitu juga beberapa murid lelaki yang biliknya tidak jauh dari dorm perempuan. Masing-masing bergegas mencari punca teriakan tersebut sehinggalah mereka menjumpai aku terduduk di tengah tangga dorm sambil terketar-ketar.
"Apa jadi ni? Siapa teriak tadi?" Soal pelajar perempuan yang masih berbaju tidur.
"Kau ke yang teriak tu?" Soal murid lain yang turut berada di sana dan membantu aku bangun. Terketar-ketar kakiku ingin berdiri.
"Kau dah kenapa malam-malam main teriak macam tu?" Soal Melur selaku salah seorang yang berada di sana dan terbangun kerana teriakan aku tadi. Jubah putihnya bersih tersarung menutupi tubuh seperti baju kelawar.
"Melurrr...!" Aku hampir menangis mendapatkan Melur. Lehernya aku peluk.
"Kenapa?"
"Melur uhuuu aku nampak penanggal..." Kataku perlahan masih bersisa takut.
"Penanggal?"
"Hmm..." Aku mengangguk laju dalam pelukan Melur. "Kepala terbang. Seram huwaaa! Aku nampak usus dia!"
"Lepastu? Mana penanggal tu?" Soal Melur memandang sekeliling tapi tidak ada yang dilihatnya. Tiba-tiba seseorang muncul dari semak di bawah dan naik ke tangga mendapatkan kami sambil memegang lehernya. Gadis itu cantik, berambut separas bahu saja-- eh! Tu penanggal tadi!
"Athena, maaf. Saya terkejutkan awak ke tadi?" Soalnya lembut sambil menyentuh dada sendiri. Wajahnya tampak bersalah.
Perlahan-lahan aku mengangguk.
"Maaflah. Saya fikir masa sekarang tak ada orang, sebab tu saya keluar ambil angin. Tak jangka awak kat sini pula. Saya minta maaf sangat-sangat." Beberapa kali dia menunduk meminta maaf. Rambut pendeknya beralun lembut. Cantik gila jadi aku tak jangka dia pemilik kepala tak berbadan tadi. Jauh sangat mukanya pun lepas putus kepala.
"Tak... Salah saya keluar malam-malam."
"Tak tak, awak tak salah. Saya yang tak tengok betul-betul. Maaf."
Dan tiba-tiba aku rasa bersalah. Aku yang over teriak dia yang over minta maaf. Nampak macam aku yang jahat.
"Tak apa, sorry juga sebab teriak awak tadi."
Dia sekadar membalas aku dengan senyuman manisnya. Cantik gila hantu ni. Nampak macam manusia biasa. Muka-muka Asia Tenggara macam Melur dengan aku. Bezanya... Bukan nak hina Melur tapi jujur aku cakap si dia ni lagi cantik dari Melur. Muka dia comel. Aku tak taulah sebab aku memang lebihkan muka comel daripada muka matang atau memang betul muka dia lawa dari Melur. Tapi Melur pun memang lawa. Cik ponti kot tu.
"Oi saudara bangunan sebelah!" Disaat kami hampir selesai dengan isu teriakan aku, seseorang dari bangunan sebelah pula berteriak kepada kami. Tak lain tak bukan budak dorm lelaki.
"Iya saudari bangunan sebelah?!" Jawab si makhluk yang pertama menegur aku tadi, turut berteriak kepada pelajar lelaki itu.
"Kau orang ok ke kat sana?"
"Ok ok!"
"Siapa teriak?"
"Alaa, tak payah tau!"
"Apa jadi?!"
YOU ARE READING
The Kisah: Mythical Highschool (SU)
FantasiA M A R A N ❗ • Ada mengandungi kata-kata kesat. Jangan ikut. • Beberapa bab terawal sangatlah dipenuhi dengan makian dan cringe. • Slow-paced plot -•-•- Once upon a time, when wattpad have Hotel Transylvania. -•-•- Athayla Roxburgh, 16, a human. Me...