24.

49 10 6
                                    

Third person p.o.v

"Row row row your boat~"

"Lalui sungai~"

"Merrily merrily merrily merrily~"

"Sehingga sampai~"

Wajah bosan dipamerkan seisi kelas memandang Vince dan Athayla yang gembira menyanyi sambil menyapu seakan tidak terkesan langsung dengan denda yang mereka terima kerana insiden pagi tadi. Tak pasal-pasal seisi kelas diheret membersihkan kawasan gelanggang latihan kerana tak seorang pun halang Serena dan duyung tu daripada bergaduh.

"Baa baa black sheep, have you any soul?"

"Yes sir, yes sir, three-- wait what?"

"What?"

Athayla berpandangan dengan Vince bilamana lirik lagu yang dinyanyikan agak lain dengan apa yang dia selalu dengar.

"Kau cakap soul ke?" Soal Athayla dan Vince mengangguk. "It's wool."

"That's what I was taught."

Mereka senyap buat seketika.

"Tukar lagu." Arah Athayla lalu sambung menyapu.

Vince diam seketika sambung menyapu sebelum tiba-tiba menunding Athayla.

"Baby shark~"

"Dodododododo!" Laju Athayla menyambung lirik lagu Vince dan turut menunjuk ke arah Vince. Sekali lagi kerja menyapu mereka tergendala.

"Baby shark, dodododododo!"

"Baby shark, dodododododo!"

"Baby--"
"Shark!"

Warren yang berada tidak jauh hanya memandang mereka dengan pandangan paling judgemental lalu menggeleng kepala. Di sebelahnya pula terdapat rakan sekelas mereka, turut memandang ke arah Athayla dan Vince dengan pandangan tidak percaya.

"Senang betul nak buat diorang bahagia." Kata Gaden yang merupakan spesies Goblin sambil bercekak pinggang memandang dua makhluk berkongsi suku sel otak itu.

"Tulah tu. Kadang aku pun hairan macam mana diorang survive sampai sekarang."

Gaden memandang Warren bersilih ganti dengan dua makhluk paling bahagia dia pernah jumpa tu. "Mesti susah jadi kau kan?"

"Ketara sangat ke?"

"Lebih kurang lah. Tak lama lagi hitamlah bawah mata kau tu. Aku jangka tahun depan kau dah botak tengah." Ketawa kecil Gaden terlepas. Matanya kemudian memandang suatu arah yang lain. "Tak lama lagi tambah lagi seekor."

"Siapa?"

"Tuu..." Bibir Gaden memuncung menunjuk ke arah Serena yang sedang mencangkung dan bermain 'cak-cak' dengan pantulan diri sendiri di atas lopak air. "Macam baru pagi tadi aku nampak mental dia koyak. Unik circle kau."

Terasa seperti dihina pula padahal ayat tu bukan membawa maksud buruk pun. Sekadar... fakta.

"Nahh... Serena's fine." Warren cuba berfikir positif.

"Bagus kau ni, cation thinking. Teruskan." Gaden mengangguk lalu menepuk bahu Warren. "Just so you know, kelmarin aku nampak dia cakap dengan angin. Talking about pancung by herself. I wish you goodluck."

Warren pandang langkah rakannya yang sudah bergerak pergi. Matanya memandang Vince dan Athayla yang mula berlawan pedang menggunakan batang penyapu lalu beralih kepada Serena yang sudah duduk bersila di depan lopak air tadi sambil meluah entah apa. Mereka di sekelilingnya pula pandang dia semacam tapi lebih memilih untuk buat-buat bodoh.

The Kisah: Mythical Highschool (SU)Where stories live. Discover now