Siap sahaja sesi perjumpaan aku dan manusia lain itu, aku laju berlari ke kelas dalam keadaan tergesa-gesa. Tiba sahaja di dalam kelas, aku masuk dan berdiri di meja guru lalu menepuk kuat meja tersebut menarik perhatian seisi kelas kepadaku.
"How come tak ada siapa bagitau aku kita ada cuti?!" Soalku pada mereka.
Mendengar kata-kataku, mereka semua saling berpandangan. Masing-masing membuat muka hairan.
"Kita ada cuti?" Soal Warren bernada pelik dan aku balas dengan anggukan. "Aku tak tahu pun." Balasnya lagi.
"Cuti tu apa?" Soal Serena pula.
"Cuti tu kita berhenti buat kerja untuk tempoh beberapa hari." Jawab Gaden kepada Serena dan dibalas anggukan gadis itu.
"Oh? Awal pula cuti kita. Baru berapa bulan." Kata Vince pula.
Aku mengerutkan dahi bilamana melihat mereka juga baru saling bertanya-tanya tentang cuti yang aku cakap tu.
"Korang pun tak tahu ke kita ada cuti?" Soalku pada mereka dan dibalas gelengan mereka. "Oh... Aku fikir aku je tak tahu."
"Siapa bagitau kau kita ada cuti?" Soal Melur.
"Ariel."
"Kacak nama dia." Sampuk Vince gatal tapi aku palau.
"Senior kita." Sambungku lagi.
"Maksudnya memang ada cuti lah kan?"
"Kot..." Aku garu belakang kepala. "Eh, aku tanya korang lah."
"Aku pun tak tau." Sampuk Lifie sambil bersila di atas meja sambil membelai kektus dalam pasu kecil yang entah dari mana dia dapat. Perempuan tu aneh-aneh jelah perangai dia.
"Kau yakin ke cuti tu untuk satu sekolah, bukan batch diorang je?" Soal Warren tiba-tiba.
Aku terdiam. Tiba-tiba ragu-ragu pula lepas dengar kemungkinan Warren itu. Aku diam sekejap, masih mencari dimana 'betul juga juga kan?' dalam kata-kata Warren tadi.
"Eii, tapi ada ke cuti untuk satu batch je?" Soalku semula.
"Tak tau. Aku mana pergi sekolah."
Dan wajahku berubah bosan. Dia ni buat overthinking orang jelah.
"Dahtu kau cakap macam tu kenapa?"
"Aku tanya."
Pula...
"Anyway... Aku dengar dibenarkan balik rumah untuk cuti ni. Maksud aku, korang lah. Aku tak." Kataku kepada mereka. Habis sahaja ayat aku, seisi kelas mula bersorak riang dan bercerita antara stau sama lain tentang kerinduan mereka pada kampung halaman masing-masing. Mereka langsung lupa kewujudan aku di hadapan ini yang menjadi penghantar maklumat tidak berbayar kepada mereka tadi.
Tidak terlepas Serena yang air mukanya jelas menunjukkan keterujaan dia. Aku hanya mampu tersenyum kekok. Sumpah aku cemburu sebenarnya.
Aku pandang pula rakan-rakan aku yang lain iaitu Vince, Melur dan Warren. Sebelah keningku naik tinggi melihat wajah mereka tidak seteruja makhluk lain. Vince selaku yang paling bising dan energetic sepanjang masa, tiba-tiba menjadi pendiam. Melur dan Warren juga tidak seperti mengambil kesah dengan ayat aku tadi. Aku duduk di hadapan Vince, iaitu tempat Serena memandangkan Melur duduk di kerusi aku. Jariku bergerak mengetuk permukaan meja Vince menggunakan jari telunjuk.
"Vincent Oliver Von Dior." Nama penuhnya aku sebut. Saja nak tunjuk ingatan aku kuat.
Tanpa menjawab, Vince menaikkan sebelah kening ke arah aku tanda bertanya.
YOU ARE READING
The Kisah: Mythical Highschool (SU)
FantasyA M A R A N ❗ • Ada mengandungi kata-kata kesat. Jangan ikut. • Beberapa bab terawal sangatlah dipenuhi dengan makian dan cringe. • Slow-paced plot -•-•- Once upon a time, when wattpad have Hotel Transylvania. -•-•- Athayla Roxburgh, 16, a human. Me...