21.

59 10 10
                                    

Dah masuk hari keempat sejak peristiwa kami dipanggil ke pejabat pengetua. Selepas tu tak ada dah. Tapi itulah, si Vince macam simpan dendam dengan Warren sebab mamat tu tak bagi dia lari masa kena panggil haritu. Yalah, member tak salah lepastu kena tuduh, yang sebelah tu pula selamba ikut kena panggil. Apa tak meroyan member tu?

Jadi dia balas dendam. Kau tau apa dia buat?

"Nah, jus yang kau minta." Sebotol air berwarna hijau muda Vince hulurkan kepada Warren bersama muka selamba.

"Thanks." Warren mencapai huluran tersebut, menggoncang lalu membukanya. Bibir mula meneguk sedikit air tersebut dan seketika...

SPRUSHH!

Vince bagi jus... sayur.

"Pahit!"

Jus peria pula tu.

Dan macam biasalah, lepas misi dia selesai, Vince akan tersengih jahat seorang diri. Cukup puas dengan kerja kejinya. Aku yang sentiasa kat sebelah dia pula rasa kesian tengok Warren yang menggeliat menahan rasa pahit jus tersebut. Hilang macho member. Dah macam rumpai laut tau.

Dan benda tu berlangsung untuk 4 hari lamanya. Ada saja cara mamat pontianak tu nak bagi mamat serigala tu makan sayur. Tapi apa yang peliknya, lepas dah kena pedajal beberapa kali pun Warren tak pernah nak was-was dengan apa-apa yang Vince bagi. Aku syak dia sebenarnya tau tapi sengaja layan sebab dia tau Vince masih tak puas hati. Alololo comel je. Macam pelangi.(◍•ᴗ•◍)

Marilah kita sokong mereka. Alang-alang boleh hentikan keturunan bengap Vince sekali.

Astaga jahatnya kau, Thayla. Tak tak tak, aku gurau je tau. Tak maksudkan pun.

Macam tulah, tak ada benda pelik pun yang jadi. Kami pergi kelas, kelas mula, rehat, kami jalan pergi dewan makan sama-sama dan makan lepastu kelas mula lagi nanti petang balik bilik masing-masing. Semua biasa ja. Oh melainkan--

Sprush!

"Oops~"

...melainkan ini.

"Melur!" Terhenti langkah kami bertiga di belakang Melur bila tak semena-mena wajah cantik Melur tiba-tiba dibasahi air berwarna coklat.

"Melur-shi gwenchana? Yah gwenchana?" Wajah Melur dibelek penuh dramatik oleh Vince. Wajah Melur dipaksa menunduk untuk di lap menggunakan hujung bajunya walaupun sudah ditolak Melur.

"Sayang lap muka, sayang." Vince masih berusaha mengangkat bajunya untuk mengelap wajah Melur.

"Tak payah lah!" Tangan Vince ditolak. Sekarang aku rasa Melur lagi menyampah dengan Vince dari orang yang siram dia.

"Eip, jangan melawan." Kedua belah pipi Melur ditangkat menggunakan satu tangan sebelum Vince sendiri melepaskannya selepas itu. Dahinya berkerut lalu air dari wajah Melur yang melekat pada jarinya dihidu.

"Air apa ni?" Tiba-tiba jarinya dijilat--

"Euw..."

"Coklat? What? No! Mana boleh macam ni. Hari ni patutnya jus delima kenapa tiba-tiba air coklat? MAKCIK!" Dan macam tu je dia tinggalkan kami lepastu pergi kaunter nak cari makcik dewan makan. Nak suarakan rasa tak puas hati lah tu. Demi air.

"Gila." Aku terdengar Melur menggumam sambil pandang belakang Vince, tajam.

Aku dan Warren terpaksalah buat-buat tak tahu je. Tak berani nak menganjing Melur sebab dah serik lepas kacau dia 4 hari lepas. Trauma weh... Dia kacau aku sebagai balasan. Satu malam tu aku rasa macam dalam filem seram. Dia boleh melekat kat siling bilik aku malam-malam macam pontianak dalam filem. Tak pasal-pasal terkencing kat katil.

The Kisah: Mythical Highschool (SU)Where stories live. Discover now