34.

30 5 0
                                    

Selepas beberapa lama berjalan, kami akhirnya tiba di hadapan pejabat milik Zachary dan Helena. Ariel menekan sekali loceng pejabat. Disebabkan aku sudah pernah malukan diri dulu, sekarang aku dah tahu loceng ni berbunyi kat dalam jadi tak kesahlah kau tekan kuat macam mana sekalipun, kau takkan dengar bunyi loceng tu di luar.

Tidak mengambil masa yang lama, pintu akhirnya dibuka dari dalam lalu satu figura cantik lengkap berkemeja kuning cair dipadankan dengan seluar slack high waist berwarna biru tua muncul dan menyapa kami dengan senyuman manis.

Madam Moon Helena!

"Hello." Sapanya lembut dan membuka pintu lebih lebar membiarkan kami masuk ke dalam pejabat.

"Hi Madam." Sapa Ariel kembali manakala aku sekadar menunduk kecil.

"Ares dengan Athena cari principle ke?" Soal Helena sambil berjalan mendahului kami berdua.

"Haah. Dia ada kan?"

"Ada. Aphrodite pun dah ada."

Aku yang sejak tadi senyap mendengar perbualan mereka-- mengerutkan dahi. Siapa Aphrodite?

Saat kami tiba di ruang yang terdapat sofa di tengah-tengahnya, kami langsung disajikan dengan pemandangan Zachary yang sedang dipukul dengan bantal sofa oleh seorang gadis berambut brunette. Anehnya dia bukan pula kelihatan marah malah ketawa sambil melindungi wajah menggunakan lengan.

"Eee...!" Si gadis pula yang semakin naik geram bilamana Zachary sekadar ketawa.

"Zachary." Panggil Helena. Serta merta ketawa Zachary terhenti begitu juga pukulan gadis itu.

Kedua mereka memandang ke arah kami. Saat pandangan kami bertembung, si gadis pantas melepaskan bantal yang dipegangnya lalu mengukir senyuman lebar. Bulu matanya panjang dan lentik menambah seri wajah saat dia tersenyum. Wajahnya kecil manakala pipinya sedikit bulat. Matanya yang bulat mengecil membentuk bulan sabit saat dia tersenyum. Aku sebagai perempuan pun terpana melihat dia. Cantiknya lahai perempuan ni!

Gadis itu tiba-tiba bangkit daripada duduk dan berlari mendapatkan aku sambil mendepakan tangannya.

"SAYANGGGG!" Teruja dia memeluk aku erat lalu menggeser-geserkan pipinya pada pipiku persis kucing minta perhatian.

Naik pelik aku jadinya bilamana gadis cantik ini tiba-tiba bermanja dengan aku. Mataku bergerak mencari Ariel ingin meminta bantuan. Ariel yang seakan faham dengan maksud pandanganku lantas menarik bahu gadis itu memaksa dia meleraikan pelukannya padaku kemudian Ariel menarik aku berdiri di belakangnya.

"What is this possessive behavior, Ariel?" Dengan penuh dramatiknya gadis itu memeluk tubuh sambil memandang Ariel dengan pandangan menyampah.

"Ask yourself . What is that shameful behavior, Adora?" Tenang Ariel membalas.

"Aku greet dia kan?"

"That's not how you greet people, Aphrodite." Madam Helena tolong jawabkan bagi pihak Ariel. Memuncung terus bibir gadis bernama Adora itu. "Jangan ikut sangat perangai Zachary ni." Sempat Helena menambah.

"Aik? Diam-diam pun kena juga ke?" Soal Zachary pula.

"Orang ingatkan je." Balas Helena mudah lalu menjongketkan bahunya.

"Tak ikut pun." Gadis bernama Adora itu memuncungkan bibirnya lalu bergerak duduk semula di sofa berhadapan dengan Zachary.

Aku memandang ke arah Ariel semula sambil mengangkat kening tanda bertanya sebab dia membawa aku ke sini. Ariel yang turut memandang aku sekadar tersenyum.

"Kenapa?" Soalnya lembut.

"Kita buat apa kat sini?"

"Oh ya. Have a sit first." Bahuku ditolak lembut untuk duduk di sebelah Adora sebelum dia duduk menyelit pula antara aku dan Adora di atas sofa dengan tiga tempat duduk ini.

The Kisah: Mythical Highschool (SU)Where stories live. Discover now