[TELAH DIEDIT]
Aisy sekarang berada di wad hospital,dan di temani oleh luth dan rayden.Itu juga atas paksaan rayden kalau ikutkan luth nak tinggal sahaja gadis itu seorang diri.
Aisy terjaga dari pengsan dan melihat 2 orang lelaki yang telah menolongnya tertidur di sofa dan di kerusi bersebelahannya.
Rayden mengambil keputusan untuk tidur di sofa manakala luth pula tertidur di kerusi bersebelahan Aisy.
Aisy terpandang ke arah jam dinding dan dia terkejut jam sudah menunjukkan ,pukul 4pagi.
Tanpa banyak songeh dia terus mencabut jarum di tangan nya tanpa mempedulikan darah yang telah menitis..Luth yang sedang terlena itu terjaga akibat bunyi rintihan seseorang.Luth membuka mata dan terpandang ke arah Aisy yang sedang gelisah.
Aisy sekarang ni mencuba untuk tidak menangis,ia kegelisahan ke kiri kanan untuk mancari cara untuk pulang.
Sungguh dia takut! takut makcik dan pakciknya pukul sebab tak balik rumah.
"kenapa kau tak tidur?" tanya luth dengan suara serak.
"Aisy takut.." kata aisy dengan suara nak menangis.
"kau takut apa?" soal luth dengan hairan.
"Aisy nak balik.." jawabnya dengan cebikkan di bibir.
Luth mengurut pelipis dahinya..Sungguh dia penat nak layan gadis ni macam budak budak!
"kau tahu tak sekarang pukul berapa?" kata luth dengan dingin sambil memandang tepat ke mata Aisy.
"tahu..pukul 4pagi" jawabnya takut takut.
"dah tu kau tak reti nak tidur kee? nak aku dodoikan baru nak tidur haa?" jerkah luth.
Terhinjut bahu Aisy akibat jerkahan luth,Aisy hanya menuduk kerana takut dengan padangan mata tajam luth..Teresak esak gadis itu menangiss..
Rayden terjaga dari tidur kerana terkejut dengan jerkahan luth.Tanpa banyak soal terus dia bangun menghampiri ke arah Aisy yang sedang menangis.
"kenapa ni? luth apa ni? kenapa kau marah dia?" tanya rayden sambil memujuk Aisy.
"Kau tanya laa dia nak apa? menyusahkan betul!!" rungut luth.Sungguh dia bosan dengan gadis itu sikit sikit menangis.
Rayden hanya menjeling sahabatnya sambil memandang ke arah Aisy.
"Aisy..kenapa ni?" tanya rayden sambil mengosok kepala Aisy.
"Aisy nak balik" ngadunya dengan tersedu sedu.
"kenapa Aisy nak balik? takut mak ayah aisy risau ke?" tanya rayden lagi.
Luth hanya mendiamkan diri sambil memandang ke arah sahabatnya.Entah kenapa rayden ni tiba tiba baik dengan orang tak kenal.
"Ibu dan ayah Aisy dah takde" katanya lagi.
"maaf,rayden tak tahu.." kata rayden dengan wajah simpati.
"takpa Aisy okey je" katanya dengan senyuman hambar
"Aisy tinggal dengan siapa?" soal rayden sambil menyelit rambut aisy di belakang telinga..Comel !!
"Aisy tinggal dengan makcik dan pakcik"
"Aisy takut pakcik dan makcik marah Aisy ke?"
Aisy hanya menganggukkan kepala.Rayden perasan di tangan aisy ada lebam dan juga darah? sejak bila aisy cabut jarum pun dia tak sedar.
Rayden bangun dan mengambil tisu di meja dan di bawa ke katil Aisy.Luth hanya memandang tiada niat nak bertanya.
Rayden mengambil tangan kecil Aisy dan dia terus membersihkan kesan darah di tangan Aisy..
Banyak jugak kesan lebam lebam di lengan Aisy dan kesan tu sangat jelas memandangkan Aisy berkulit putih..
![](https://img.wattpad.com/cover/336921262-288-k753223.jpg)
YOU ARE READING
THE DEVIL BLOOD'S (COMPLETED)
ActionDah COMPLETE tapi maybe banyak kesalahan yang ada jadi proses pengeditan tu mungkin mengambil masa.Apa apa un selamat membaca ye semua sebelum saya unpublish untuk proses pengeditan. LUTHFI UWAIS -Seorang lelaki yang berwajah bengis dan kejam,panas...