Luth dan rayden kini tiba di halaman rumah tengku laila,dengan langkah yang perlahan lahan mereka memboloskan diri ke dalam rumah..Jam sudah menunjukkan pada 2pagi mereka juga telah berjanji pada tengku laila untuk pulang pada pukul 12pagi tapi itulah terlajak pula ye
Dengan berjengkit jengkit mereka berjalan sambil terhendap hendap,takut pula terserempak dengan tengku laila.Bukannya mereka tidak kenal dengan perangai tengku laila bila salah sorang mungkir janji habislah kena ceramah dengan orang tua itu nanti
" wey..kau yakin ke mummy dah tidur ?" soal rayden dengan nada berbisik
" maybe..aku tak sure tapi lampu semua dah tutup mungkin dah tidur " balas luth sambil melangkah perlahan lahan menaiki tangga ke biliknya.
Rayden pula hanya mengikuti langkah luth memandangkan biliknya juga di tingkat atas
" aww..asal kau berhenti tiba tiba ni" marah rayden sambil mengosok dahinya yang terlanggar belakang badan luth
keras macam batu !!!
"wei..jalan laa cepat asal kau tercegat ajee!!" marahnya lagi
" err..kau jalan la dulu" luth menarik rayden kedepan dan dia menyorok di belakang rayden.
" ish kau ni kang.. ape susah jala..eh !! sejak bila pulak sini ada dinding " ngomel nya sambil meraba raba "mahkluk" di depannya
" itu bukan dinding bangang !! " balas luth dengan nada berbisik
" dah kalau bukan dinding..apa pulak ni" soalnya dengan kedutan didahi
Tengku laila hanya berdiri sambil mencekak pinggang melihat telatah anak anak lelakinya.
Tiba tiba semua lampu di ruangan itu menyala dan menerangi segenap ruang disitu dan terserlah laa "makhluk" itu
" opocot mak kau !! eh mummy.." latah rayden sambil mengosok dadanya tanda terkejut
" haa mummy ingatkan kamu berdua taknak balik rumah dah" perli tengku laila sambil menjeling anak lelakinya.
" errr tak bukan mummy..ini semua salah diaorang mummy..diaorang ajak lepak kedai mamak itu yang kitaorang balik lambat" jawab rayden sambil bermain dengan tangannya
Luth pula hanya berdiam diri sambil menahan senyum melihat rayden kena marah
" jangan nak salah kan orang lain..kamu pulaa dah lupa ke yang bini ada kat rumah?" soal tengku laila sambil melihat ke arah luth yang menuduk
" eh..tak lupa mummy..aisy mana tidur dah ke? kalau macam tu luth naik dulu ye mummy" balasnya dengan tersengih sengih sambil berlalu meninggalkan rayden disitu
" haish..macam macam laa kamu ni..orang lain malam pertama bermanja dengan isteri dia malam pertama pergi berperang dengan musuh " tengku laila hanya mengelengkan kepalanya
" erm mummy..ray masuk bilik dulu ea" pamit rayden sambil menyalam tangan tengku laila dan mencium pipi mummynya.
" yelaa pergila"
____________________________________Luth membuka pintu biliknya dengan perlahan lahan kerana tidak mahu menganggu isterinya yang sedang terlena.Tanpa membuang masa ia terus memboloskan diri ke tandas untuk membersihkan badan nya yang melekit.
Aisy terjaga dari tidur kerana tidurnya terganggu oleh bunyi pancuran air didalam tandas.Dia menyandarkan badan nya di kepala katil sambil menunggu luth selesai mandi
Luth hanya melilitkan tuala dipinggangnya,tanpa ia sedar ada sepasang mata sedang mencuri pandang ke arahnya.Luth yang perasan akan lirikan mata isterinya mula bersuara
" kenapa kau tak tidur? "
" err..aisy terjaga..bila habyby balik ? "
" baru je..kau tunggu aku ke ? "
" aisy memang tunggu habyby tapi entah masa mana tertidur..hehehe.."
" lain kali tak payah tunggu tidur je " balas luth sambil mendekati isterinya
" kenapa tak pakai baju ? " soal aisy sambil memandang ke arah tubuh suaminya
" aku kalau tidur memang tak pakai baju,ke kau nak aku bogel ? " balas luth dengan senyuman nakal
" ehh tak bukan macam tu..yela aisy tanye je " jawabnya dengan gugup
" kau kira untung tau walau pun aku tidur tak pakai baju tapi aku still pakai seluar pendek"
" yela yela..dah aisy nak tidur"
" meh baring sini"
Luth mengambil tempat disebelah isterinya dan dia menepuk nepuk dada bidangnya menyuruh isterinya baring di atasnya.Tanpa banyak soal aisy hanya ikutkan sahaja kehendak suaminya.Akhirnya mereka tertidur didalam pelukkan masing masing.
![](https://img.wattpad.com/cover/336921262-288-k753223.jpg)
YOU ARE READING
THE DEVIL BLOOD'S (COMPLETED)
ActionDah COMPLETE tapi maybe banyak kesalahan yang ada jadi proses pengeditan tu mungkin mengambil masa.Apa apa un selamat membaca ye semua sebelum saya unpublish untuk proses pengeditan. LUTHFI UWAIS -Seorang lelaki yang berwajah bengis dan kejam,panas...