Rayden termenung seorang diri di luar rumah sambil merenung kepekatan malam yang hanya ditemani bintang bintang.Kata kata luth tadi sangat menyentakkan tangkai hatinya.
" kalau kau nak bunuh dia sekalipun kau fikirlah tentang mak ayah dia macam mana nanti ha? itu pun kalau dia ada mak ayah kalau dia anak yatim piatu macam kita semua ni macam mana?! kau sanggup nak musnahkan masa depan anak orang ke ray? cukuplah ! aku dah taknak masuk campur lagi urusan ni..kau fikirlah baik baik guna kepala otak kau " Rayden mengeluh kasar sambil meraup wajahnya.Dia buntu sekarang ni.Sama ada dia nak bunuh budak perempuan tu atau lepaskan dia..tapi takkan lepaskan budak tu macam tu je ! kalau budak tu buka mulut macam mana?? arghh !
" abang " aisy menyentuh perlahan bahu rayden
" eh princess .." aisy hanya tersenyum.Rayden masih lagi memanggilnya dengan panggilan itu walau banyak kali dah dia tegur.Nampak tak betapa rayden sayangkan dia? cey !
" abang buat apa kat luar malam malam..fikir pasal budak tu ke?" soal aisy takut takut.Punggungnya di labuhkan di tepi rayden tapi masih lagi ada jarak diantara mereka.
" hm"
" erm..abang dah buat keputusan ke ?" rayden tidak menjawab malah hanya mengeluh dan tersenyum segaris.
" abang...tak tahu..tapi abang dah arahkan fareel untuk cari maklumat tentang budak perempuan tu..."aisy hanya diam terangguk angguk kepala.
" kita hanyalah manusia biasa je bang..dan kita takde hak sebenarnya nak menghukum seseorang lagi lagi bila orang tu tak bersalah..bagi aisy..abang bagi je dia peluang dan abang cuba slowtalk dengan dia supaya dia tak buka mulut." bicara aisy setelah lama mereka berdiam diri.
" kalau abang kahwin dengan dia macam mana?" aisy membulatkan matanya tatkala dengar perkataan kahwin.Abangnya dah dapat lupakan suhaila ke? atau abangnya sudah jatuh cinta?? berbagai soalan muncul di fikirannya
" kahwin? abang cinta dia ke? atau abang dah dapat lupakan suhai-"
" tak ! abang tak pernah lupakan suhaila..abang sayang dia sangat sangat aisy ! tiada siapa boleh gantikan tempat suhaila ! " jerit rayden dengan muka bengisnya.Dia sendiri pun tidak sangka perkataan kahwin juga yang keluar dari mulutnya sendiri sedangkan dia tidak pernah terfikir ke arah itu.
Aisy tersentak dengan suara tinggi rayden yang tiba tiba itu.Aisy hanya diam salah dia juga sebab tanya soalan sebegitu.
"a..abang..mintaa maaf sebab tak sengaja tinggikan suara dekat aisy.." dia sedar dengan raut wajah aisy yang berubah itu. dia terlalu emosi dan stress hingga dia terlepas kemarahan pada aisy.
Aisy hanya senyum hambar.
" takpe..aisy tak ambil hati pun..erm..aisy masuk dalam dulu dan aisy harap abang dapat buat keputusan yang baik" ucapnya dan bangun masuk ke dalam rumah.Rayden memandang sayu belakang aisy..dia tahu aisy terasa dengan sikapnya tadi.Dia menuduk sambil tangan kuat mencengkam rambut fikirannya kusut jika di lihat rayden tidak ubah seperti orang kehilangan arah.
Kepalanya berdenyut kuat..dia cuba membuka kelopak mata yang terasa berat tapi pandangan di hadapannya pula agak kabur.Mata cuba dipejamkan kembali dan dengan perlahan dia cuba untuk mengecam suasana bilik yang agak asing baginya. dahi hannah berkedut hairan.Ruang bilik kecil itu sangatlah seram baginya dan bau yang hanyir itu membuatkan tekaknya tiba tiba saja loya.
Dia bangun menyandarkan badannya di dinding sambil menekup hidung dan mulut untuk menahan dari muntah.Tangan kanannya terasa basah,lihat saja cairan warna merah itu membuatkan menjerit kuat.
" Argh !! "
dia mengundur kebelakang ketakutan dan tiba tiba kakinya tersepak sesuatu yang agak keras.Pusing saja ke belakang dia ternampak seperti bayang bayang manusia yang sedang terbaring.Dengan keadaan bilik yang gelap itu sukar untuk dia membuat pengecaman.Dia cuba menyentuh badan kaku itu tapi badan itu tidak bergerak sama sekali.Tangannya terketar ketar,phone di poketnya di keluarkan.Buka sahaja lampu dia mula menyuluh ke arah itu tadi untuk melihat kenapa badan itu tidak bergerak.
![](https://img.wattpad.com/cover/336921262-288-k753223.jpg)
YOU ARE READING
THE DEVIL BLOOD'S (COMPLETED)
ActionDah COMPLETE tapi maybe banyak kesalahan yang ada jadi proses pengeditan tu mungkin mengambil masa.Apa apa un selamat membaca ye semua sebelum saya unpublish untuk proses pengeditan. LUTHFI UWAIS -Seorang lelaki yang berwajah bengis dan kejam,panas...