Chapter 39🌹

1.1K 30 0
                                    

Jack dan fareel melajukan langkahnya ke arah luth dan luwis.Melihat rayden seperti menangis didalam dakapan luth membuatkan mereka tertanya apa yang dah berlaku?

" luwiss..apa dah jadi ni? macam mana keadaan mummy ? " soal jack terus

Fareel hanya diam menanti butiran yang keluar dari mulut luwis

" doktor cakap pihak hospital terpaksa cabut oksigen mummy..peluang untuk mummy sihat seperti lalu agak tipis lagipun sekarang mummy hanya bergantung pada mesin dan sampai bila nak macam tu ? bukannya mummy sorang yang tenat pesakit lain pun memerlukan mesin tu jugak " terang luwis dengan panjang lebarnya

" apa ? ya allah mummy.." terkejut mereka berdua
tak sangka mummy akan tinggalkan mereka juga,tak kan lah secepat ini ? takde peluang langsung ke untuk mereka hidup seperti dulu bersama tengku laila ? sungguh mereka tidak puas bermanja dengan wanita itu.

" rayden..jadi.. keputusan kau apa ? " seru jack dengan suara begetar

" aku..berat nak lepaskan mummy..tapi sampai bila aku nak seksa mummy macam tu ? mungkin ini dah takdirnya..Aku panggil korang untuk berkumpul sebab..aku dah buat keputusan..aku setuju dengan apa yang doktor katakan..jadi ini adalah kali terakhir kita dapat peluk dan cium mummy..untuk..kali terakhir.." balas rayden sambil menyapu air mata dipipi.Dia cuba menguatkan diri walau sebenarnya dia tidak kuat..

Fareel terduduk sambil menyembamkan mukanya di tapak tangan dia cuba untuk tidak menangis tapi boleh kah dia bertahan? tanpa dipinta air mata deras mengalir membasahi pipi

Jack sudah pun termenung jauh..segala kenangannya bersama tengku laila terimbas kembali.Di saat dia sakit wanita itu lah yang menjaganya.Wanita itulah yang sudi mengambilnya sebagai anak angkat dan membelanya hingga besar dan menjadi seorang yang berjaya.

Itu juga hasil dari tengku laila..macam mana dia tak sayangkan wanita itu sedangkan wanita itu juga yang merubah hidupnya sekarang.Dengan mata yang merah dia cuba untuk menahan agar tidak memecahkan tangisan

Dengan keadaan aidan yang masih belum sedarkan diri,mereka juga takut jika kalau aidan turut meninggalkan mereka seperti  sekarang

" dah..aku taknak kau nangis macam ni..apa kata kita pergi jumpa mummy tapi..sebelum tu aku nak bawa aisy jumpa mummy juga.kau kena kuat ray..kita orang akan ada untuk kau..kuatkan semangat ea ??... " kata luth sambil menepuk bahu rayden.

Dia berlalu ke wad aisy dan tidak lupa juga dengan membawa wheelchair untuk isterinya.

Rayden hanya memandang kosong dengan pemergian luth dan dia beralih pula pada luwiss..

" kau taknak bawa vina jumpa mummy ? " soal rayden

tanpa menjawab pertanyaan rayden dia bingkas bangun dan menuju ke bilik wad lessvina.

" ray..betul ke apa yang kau buat ni ? " soal fareel pula seakan tidak dapat menerima dengan keputusan rayden.

" habistu kau nak aku buat apa ? kau pun tahu mummy hanya bergantung pada mesin kan..takkan kau nak  mummy bergantung pada mesin selamanya ?? aku tak nak seksa mummy lagi dah fareel...tolonglah faham..aku tahu kau tak dapat nak menerima aku sebagai anak kandung dia pun berat nak menerima tapi..memang itu dah takdirnyaa..macam mana pun kita kena redhaa dengan ketentuannya.." balas rayden sambil menatap fareel dan jack yang asyik menuduk pandangan ke lantai.




" byby.." seru aisy terkejut melihat luth yang tiba tiba menerjah bilik wadnya.

dia hanya memerhati luth yang sedang menolak wheelchair dan menghampirinya.Berbagai soalan yang muncul di fikirannya. Apa yang lelaki itu buat dibiliknya ? bukan kah dia sudah memesan untuk taknak berjumpa dengan siapa siapa

" maaf..kalau byby ganggu sayang..tapi byby kena juga datang jumpa sayang..byby nak bawa sayang jumpa mummy.." terang luth terlebih dahulu,melihat reaksi aisy yang seakan tidak suka dengan kehadirannya membuatkannya terasa sakit di hati

" Aisy..taknak jumpa siapa siapa " balasnya sambil memandang ke hadapan.Tanpa menghiraukan suaminya di sampingnya Aisy mula berbaring sambil menarik selimut hingga menutupi wajahnya..

" tapi aisy..ini..adalah kali terakhir aisy boleh jumpa dengan mummy.." balas luth sambil mengempam bibirnya..Dia taknak menangis di hadapan isterinya itu dia kena kuat depan aisy...biarpun dia sudah sangat sangat lemah sekarang ni..

Dengan sahaja ayat yang keluar dari mulut luth membuatkan aisy terkejut,Automatik tubuhnya kembali bangun dan menghadap ke arah luth.Dia seolah faham dengan apa yang cuba luth sampaikan tapi dia harap apa yang luth katakan itu tidak tepat dengan sangkaannya.

" apa maksud awak ? kenapa dengan mummy.." soalnya dengan mata yang berlinang

Luth tidak menjawab dia terus menarik isterinya didalam pelukkan..dan membisikan sesuatu ditelinga aisy.

" mummy..dah takde sayang.." katanya dan melepaskan tangisan dibahu isterinya.

Aisy yang mendengar itu turut mengalir air mata..Sungguh dia tak sangka mummy dah pergi tinggalkan dia..lepas ni siapa yang nak teman dia borak ? siapa yang nak ajak dia shopping ? siapa yang nak ajar dia memasak? Arhh dia tak puas lagi nak bermanja dan merasa kasih sayang dari tengku laila.

Aisy mengosok belakang suaminya untuk meredakan tangisan luth.Ini kali pertama dia melihat luth menangis teruk..tapi adakah luth macam ni juga setelah mereka kehilangan anak ?

dengan tiba tiba dia teringat akan anaknya..

"mummy..tolong jagakan anak aisy ye mummy.." katanya didalam hati.







" kita nak ke mana ni u ? " soal lessvina dengan tak puas hati

Sungguh dia geram dengan mamat ni sorang,sudah berkali kali dia bertanya tapi luwiss tetap diam dan menolaknya entah kemana..terkejut laa juga bila luwis tiba tiba menerjah ke biliknya sambil membawa wheelchair belum sempat dia bertanya luwis terlebih dahulu mengangkatnya dan meletakkannya di atas wheelchair itu

Melihat wajah luwis yang muram itu membuatkan nya tertanya tanya..ada apa apa yang berlaku ke ?
Sebenarnya dia taknak pun naik wheelchair ni..luwiss aje yang mengada nak dia naik..padahal dia boleh jalan sendiri kut.


Mereka sudah pun berkumpul didalam bilik wad tengku laila,hanya tinggal luwis dan lessvina yang belum tiba..Luth cuba menenangkan aisy yang meraung sambil memanggil mummynya..Rayden pula menangis sambil memeluk tubuh kaku itu.

Fareel dan jack saling berpandangan..wajah mereka sudah pun basah dengan air mata yang tak henti henti mengalir..

Masuk sahaja dia ke dalam satu bilik yang hanya bising dengan suara tangisan membuatkan dadanya tiba tiba sahaja berombak kencang..dia kenal suara tu..suara aisy.. tapi siapa yang mati ? kerana wajah tengku laila masih lagi ditutupi oleh kain putih membuatkan lessvina tertanya tanya siapakah gerangan itu ?

" u..apa semua ni ? siapa tu ? " soal lessvina sambil memandang ke arah luwiss dan memerhati rayden yang menangis sambil memeluk tubuh kaku itu.

Luwis mendekati vina dan bercangkung dihadapan gadis itu..

" itu mummy i.. u nak tahu tak..dia nak sangat jumpa u less..tapi..dia tak sempat nak tengok u.." balas luwis sambil menyeka air mata ditubir matanya

" mum..my u ? tengku laila ? tapi kenapa..mummy sakit apa " soalnya dengan tidak percaya

" malam aisy hilang..mummy dan aidan kena serang..aidan sekarang masih lagi koma..dan mummy luka parah di kepalanya..dan..peluang untuk mummy hidup agak tipis.." terang luwis sambil menolak vina menghampiri mummynya

Dengar sahaja apa yang dikatakan oleh lelaki itu membuatkannya mengucap panjang..Sungguh dia tak tahu hal ni..dia sangka tengku laila masih di france..Tak sempat dia nak mengenali wanita tua itu dengan lebih dalam..Selama ini dia hanya mendengar aisy yang bercerita pasal tengku laila..Dia pasti tengku laila adalah orang yang baik dan seorang ibu yang penyayang.


VOTE dan KOMEN❤️maaf jika ada kesalahan ejaan atau jalan cerita yang merapu.Harap pada readers suka👀

THE DEVIL BLOOD'S   (COMPLETED)Where stories live. Discover now