CHAPTER SPECIAL 🌹 (57)

1.2K 24 2
                                    

5 bulan kemudian

" tok tok !! "

" sekejap !! " laung aisy sambil bergegas ingin membuka pintu.

" eh ! luwis..cari luth kee? " soalnya dengan hairan.

" ye cari luth..dia ada tak?"

" ada dalam bilik kerja dia..jemputlah masuk" pelawanya sambil memberi ruang ke arah lelaki itu.Luwis hanya senyum segaris sambil menuju ke arah bilik kerja luth.Aisy hanya memandang kosong ke arah luwis tanpa buang masa dia majukan langkah ke arah dapur untuk menghidangkan air kepada tetamu.

Luth yang tengah mengalamun itu tersentak melihat luwis yang sudah berdiri tegak di hadapannya sambil bercekak pinggang.

" hmm?"

" kau nak duduk termenung macam ni je ke? kau ingat kau termenung macam ni boleh settlekan masalah company kau??" kata luwis dengan pedasnya

"Tch !! aku serabut tahu tak ! bukan kali pertama company aku hampir muflis ini dah kali ke dua wiss"

" itulah aku kata..takkan kau nak diam macam ni saja luth..cari lah dalang semua ni.." cadang luwis sambil melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan dengan luth.

" aku tak tahu...setahu aku musuh kita dah takde..semua dah tumpas.." katanya sambil memicit pelipis dahinya.

"dato zainal" Luth tercengang tatkala mendengar nama itu

" apa kaitan orang tua tu pula? tak silap aku syarikat dia dah lama tutup sebab dah bankrup" ujarnya dengan kedutan di dahi

" dia bankrup sebab kau" kata luwis dengan riak wajah tidak bersalah sambil mencicip coffee buatan aisy yang di hantar tadi.

" asal pulak sebab aku ?! " soalnya dengan tidak puas hati

" kau tak ingat ke beberapa bulan lepas? kau tolak projek 50 juta tu? disebabkan kau tolak projek tu kau taknak berkerjasama dengan dia dan menyebabkan dia rugi mendadak"

" habistu sekarang kau nak kata yang dalang semua ni dato zainal?"luwis hanya menganggukkan kepalanya sambil menyilangkan tangan di dada.

Luth meraup mukanya dengan kesal,padahal tika itu bukan dia sengaja menolak projek itu..nyawa isterinya lagi penting waktu tu tapi tak sangka dato zainal sampai berdendam macam ni sekali.Luth mengempal penumbuk walau macam mana pun dia akan cari orang tua tu sampai dapat !!

" satu lagi aku nak pesan dekat kau..aku tahu kau tengah marah sekarang ni tapi janganlah lepas marah kau dekat aisy,dia tak bersalah pun." tegur luwis dengan renungan tajamnya

" marah? mana ada aku marah dia " dalih luth sambil melarikan bola matanya dari terus direnung oleh luwis

" lutfan dah ceritakan semua pada aku semalam"

" cerita? budak tu cerita apa dekat kau?" soal luth ingin tahu,haih dah pandai mengadu ea skrang si kecil ni.

" dia cakap "daddy marah mummy,sampai mummy nangis..daddy dah tak sayang mummy" kau bayangkan pukul 2pagi anak kau call aku semata mata nak cerita dekat aku hal tu.." luth mengeluh kasar nampaknya dia harus membetulkan balik kesalahannya

" aku tahu kau stress..otak tengah serabut tapi kau kena juga jaga hati aisy..kesian aisy dia pun penat juga urus anak anak kau..janganlah sampai hal pejabat kau bawa masuk dalam hal keluarga kau luth" pesan luwis lagi.

" ye aku tahu..salah aku..nanti aku pujuk aisy" jawabnya sambil mengeluh



(DI MARKAS)

" macam mana? kau dah buat macam yang aku suruh?" soal si dia

THE DEVIL BLOOD'S   (COMPLETED)Where stories live. Discover now