Chapter 24🌹

1.8K 43 3
                                    

"habyby..bangun..dah subuh laa"

" erm..kejap" balas luth dengan malas

Aisy hanya mengeluh melihat luth yang masih tidur,dah berapa kali dia kejutkan lelaki itu tapi luth hanya buat tak tahu

"cepat laa habyby..waktu subuh dah nak habislaa..jom laa solat sama sama" pujuk aisy lagi sambil mengoncangkan lengan suaminya

" Ish !! kau ni tak faham bahasa ke ?!! kalau kau nak solat pergi jelaa tak payah sibuk nak ajak aku !! " bentak luth sambil menepis tangan kecil isterinya

Aisy sangat terkejut melihat luth membentak dirinya gara gara dia memaksa lelaki itu solat subuh,dengan langkah perlahan dia menuruni katil dan memboloskan dirinya ke dalam tandas

Dia menangis semahu mahunya,entah silap dia dekat mana..dia cuma nak ajak luth solat bersama sama, dia nak luth jadi imamnya seperti pasangan suami isteri yang lain tapi angan angan nya hanyalah didalam mimpi sahaja.

Kandang kandang dia tidak tahu apa yang luth mahukan darinya,sekejap bersikap baik,caring dan sekejap bersikap panas baran,marah marah tak tentu pasal.Tanpa membuang masa aisy mengambil keputusan bersiap siap untuk solat subuh dan turun ke bawah untuk menolong tengku laila memasak

Luth mengeluh sambil bangun menyandarkan badannya di kepala katil,dia sudah tiada mood nak sambung tidur gara gara mendengar esakkan isterinya di dalam tandas,dia tahu aisy terasa dengan sikapnya tapi salah aisy juga terlalu memaksa..bukannya dia taknak solat tapi sudah lama dia meninggalkan kewajibpan itu.Sejak dirinya masuk kedalam "Kegelapan" itu dia berasa seolah olah dirinya tidak layak untuk bersujud kepada yang Maha Esa.

Luth hanya memandang ke arah aisy yang baru sahaja selesai mandi,aisy yang perasan akan lirikan mata suaminya dia hanya menghiraukan pandangan itu..dengan cepat cepat dia mengambil telekung dan menjalankan kewajibpan itu.




" eh aisy..awalnya bangun" soal rayden sambil memandang ke arah adiknya

" aisy kan selalu bangun awal" balas aisy sambil menolong tengku laila

" hek eleh, yeye je..ni suami adik mana?" soal rayden lagi dengan kedutan di dahi

" ntah..mandi kut" jawab aisy dengan malas

" aip !! kenapa muka masam je adik abang ni? tak kan laa gaduh dengan cik abang..sepatutnya kalau orang baru kahwin ni kan dia happy jee ke mana suami dia pergi dia ikut aje..takleh berpisahh !! " kata rayden sambil ralik memotong sayur

" tak semua macam gitu la abang"

" eh betulaa.. tak percaya tanya mummy..betul tak mummy?" tanya rayden sambil memandang ke arah tengku laila

" iyee betul la tu,tapi kamu bila pulak?" soal tengku laila dengan tersenyum senyum

" bila apa mummy?"

" alah abang ni..aisy pun nak kakak iparr" jawabnya sambil mengjungkit jungkit keningnya

" ouhhhh...haa mummy ray dah siap potong sayur ni dan sekarang ni ray nak naik bilik nak mandi" balasnya sambil mengambil langkah laju ke biliknya

Mandi? alasan je tu senarnya dia malas bercakap soal jodoh ni entah kenapa dia rasa bercinta tu hanya membuang masa sahaja..lagi pun nak cari perempuan yang betul betul boleh terima dia seadanya itu susah !! susah nak cari perempuan macam aisy..yang tak pandang harta dan rupa!!
ramai perempuan yang mendekatinya tapi itu hanyalah disebabkan harta dan rupa.

" tengok la tu perangai abang kamu,bila bercakap soal kahwin..mengelak je kerjanya" gelak tengku laila sambil mengelengkan kepala melihat telatah anak terunanya..

THE DEVIL BLOOD'S   (COMPLETED)Where stories live. Discover now