♡ Faiz's || bab 1

933 12 2
                                    

01.say sorry.

AKU mengeluh berat apabila Ibunya mengheret aku sehingga aku sekarang ini duduk di rumah musuh ketat ku.

Mohammad Faiz.

Diriliknya Faiz yang berdiam sejak dari mereka sampai.

Mukanya hanya tenang mendengar perbualan Papa dan juga Ibu aku.

"Itulah, Saya pun malu dengan kelakuan anak saya Raisyah ni," ujar Ibu yang jelas kedengaran di telinga aku dan juga Faiz.

Faiz sudah menjongketkan keningnya berkali - kali kepada aku. Tidak lain tidak bukan dia ingin mengejek dan memperli aku.

Suka la tu bila Ibu berkata begitu.

'Semuanya sebab salah dia kalau dia tak tumpahkan kopi dia tu kat buku latihan matematik aku takdenya aku nak balas balik.' Bisik hati aku

Hurgh...

Aku menjeling Faiz dengan tajam setajam pisau yang Ibu Siti gunakan untuk memotong daging.

"Tak guna punya Faiz, siap kau aku kenakan lagi lepas ni," kata suara hati aku lagi.

"Saya pun nak mintak maaf juga dengan kelakuan Faiz," kata Mama.

Ibu hanya mengangguk dan tersenyum bersetuju dengan ucapan Mama manakala Papa lebih memilih untuk berdiam diri dan mendengar.

"Sama - samalah kita berbaik Nah," ujar Ibu sambil mengengam tangan mama erat, Mama turut membalas gengaman Ibu.


Women style katakan.

"Rai cepat mintak maaf kat Faiz," desak Ibu sambil memandang aku dengan pandangan mata yang tajam.

Aku mengeluh.

"Bukan Rai yang salah la Ibu, kalau tak sebab Faiz yang tumpahkan air kopi dekat buku latihan Matematik Rai, takdenya Rai nak balas balik," akhirnya aku melepaskan semuanya kegeraman dalam hati aku.

Faiz hanya membuat acu tidak acu sempat lagi dia menjelirkan lidahnya sembunyi - sembunyi ke arah aku.

Kedua belah tangan aku digempal kuat.

Menahan tangan yang berura - ura hendak menumbuk muka tak berapa kacak Faiz itu.

Melihat kelakuan anak terunanya yang menjelirkan lidah itu paha anaknya ditepuk kuat.

Faiz meringis kesakitan wajah Mama dipandang dengan riak yang bingung.

"Sakitlah Mama," kata Faiz sambil mengusap - usap pahanya.

"Dah salah kamu yang kamu pergi jelir lidah kat Raisyah tu kenapa?"

Faiz terdiam dia hanya senyum tidak bersalah.

"Faiz mintak maaf cepat kalau tak gitar kesayangan kamu tu mama sedekahkan dekat tong sampah." Apabila Mama berkata begitu barulah Faiz memohon kemaafan tetapi Dengan muka tidak pasrahnya itu.


Setelah kami berdua mengaku bersalah dan saling meminta maaf Mama, Ibu serta Papa akhirnya bernafas lega. Lega kerana kami erdua sudah mengaku dengan kesalahan kami berdua.

Namun yakini dalam hati aku sekarang ni sedang memaki hamun Faiz yang berlagak itu.

Aku macam nak cekik - cekik je dia ni sekarang ni namun bila di fikirkan yang Ibu, Mama, Papa dekat sini maka aku hanya membatalkan sahaja niat murni aku itu.

Haiii... stress...

Dan dengan senyuman lebar Papa menjemput kami untuk makan tengah hari bersama mereka dan dengan hati yang terbuka juga Ibu menerima pelawaan Papa.

Okey kita letak tepi dulu nak cekik Faiz yang pentingnya kita isi perut.

Letts makanns.

________________________________________

Vote and comment.

😋 oops saye terkentut maaf tak sengaja.

Serius tak sengaja 👉👈.

Bila Autor merapuh.

Readers be like :

Laah Autor ni kenapa demam ek?
Baling selipar beramai - ramai dekat autor.😎

 MUHAMMAD FAIZ. ✔Where stories live. Discover now