♡ Faiz's || bab 8

162 9 2
                                    

8. Curang dan putus.

Selepas sahaja sembayang subuh aku bergerak ke dapur  aku hendak membersikan dapur.

Sampai di dapur sampah mulai aku ikat.

Piring yang tidak terseusun itu aku susun mengikut warna.

Sudu - sudu aku letakkan ke dalam bekas yang ada di sana.

Selesai mengemas dapur aku bergerak ke ruang tamu.

Aku segan pulak kalau aku tidak membantu Faiz mengemas rumahnya setelah apa yang dia lakukan kepada aku.

Dia berjasa besar kepada diri aku.

Tidak lama kemudian kedengaran bunyi kereta.

Tuk.. tuk..

Pintu utama diketuk.

Faiz ke?

Dan dengan perlahan aku mendekati pintu kepala diintai ke jendela terlebih dahulu sebelum tersenyum lebar.

Faiz...

Tudung di kepala dibetulkan terlebih dahulu sebelum aku bergerak membuka pintu.

"Assalamualaikum," ucap Faiz.

Dia tampak segak berbaju kemeja dan bertie hitam.

Rambutnya yang agak messy menambahkan lagi aura seorang Faiz.

"Waalaikumsalam."

Tangannya menghulurkan satu plastik putih.

"Mama masak lebih sikit tu yang singgah bagi kau," katanya sambil mengosok belakang lehernya.

Kekok mungkin dengan keadaan yang sudah lama tidak bertemu.

"Err... thanks," aku berterima kasih kepadanya ikhlas dari hati aku.

Dia mengangguk.

"Kau nak balik ke nak jalan - jalan tenangkan fikiran kau dulu."

Aku berfikir, kalau balik rumah mesti Ibu akan soal macam macam jadi ada baiknya aku jalan - jalan.

"Kau tak masuk pejabat ke?"

Dia menggeleng.

"Aku masuk petang sikit, pergilah makan aku tunggu kau dekat kereta."
Aku mengangguk pintu ditutup.

Setelah beberapa jam berpusing - pusing Faiz memberhentikan kereta di sebuah taman rekreasi.

Aku terpegun cantiknya, ini pertama kali aku menjejakkan di tempat yang indah, nyaman seperti ini.

Kami memilih untuk duduk di bangku yang berhampiran dengan tasik.

"Emm... kau nak share tak apa - apa, aku sedia dengar."

Aku memandang wajahnya.

Dia hanya santai duudk sambil memandang ke arah angsa yang sedang bebas berenang di tasik yang terbentang luas di hadapan kami.

Aku mengeluh.

"Imran tinggalkan aku dekat situ," ujar aku,  aku bermain - main dengan tangan aku sendiri.

"Tinggalkan? Imran?"

Aku menarik nafas dalam.

"Im tu boyfriend aku, tapi disebabkan aku tak pinjamkan dia duit 500 dia tinggalkan aku dekat situ."

Faiz mengangguk faham dengan cerita aku.

Wajahnya yang ceria tadi bertukar muram.

Muram?

Faiz muram sebab apa?

Takkan lah sebab dia ada hati dekat aku, Ahhh mustahil mungkin dia hanya simpati dengan keadaan aku.

Think positif Raisyah.

"Dah berapa lama hubungan korang."

"Seminggu lebih,"

Tiba - tiba dia menjentik dahi aku perlahan.

"Kau ni dipergunakan Rai, orang yang cintakan kau takkan pernah mintak duit atau apa pun dan walaupun dia memerlukan duit dia takkan pernah bebankan kau itu definisi cinta."

Aku terdiam.

Dipergunakan..

"Im tu pergunakan kau je, kau mintak putus je  Rai lelaki macam tu tak berguna pun untuk kau."

Aku hanya diam mendengar kata - kata Faiz.

Betullah aku dipergunakan.

Aku mengangguk.

"Okey nanti lah aku jumpa Im."

Faiz mengangguk.

Setelah itu Faiz menghantar aku pulang ke rumah.

Aku berterima kasih.

Jawapannya hanya anguka.

Terima kasih Faiz, aku hargai sangat - sangat.

_________________________________________

Bila mana seorang lelaki mulai berkata kasar dan mulai meminta duit mahupun sesuatu ketahui dia hanya mempergunakan kamu,
Tinggalkan dia.
he did not deserve you.

_________________
Vote and comment.

Kan saya dah cakap yang Imran tu gunakan Raisyah je.

Readers be like.:

Laah bila masa penulis ni cakap macam tu.

Me pun menangis kesepian dekat ruangan bilik.

Teganya awak cakap macam tu.

😭 nak nangis nak nangis.

Huaaa...

..........

Bunyi gagak terbang...

Readers: awak okey ke tak demam.

Penulis: okey.

Readers: dah tu merapu kenapa?

Penulis: okey fine sorry... tak merapu lagi dah...

😋

 MUHAMMAD FAIZ. ✔Where stories live. Discover now