SPECIAL CHAPTER 0.2

165 4 0
                                    

Aku memandang ke arah Luqman, Maliq dan juga Aisyah.

Anak - anak tercinta aku.

Chocolate chip kegemaran kami sekeluarga di hidangkan di ruang tamu berserta dengan Susu soya.

"Luqman, Maliq, Aisyah jomlah makan dulu," kataku kepada mereka.

Mereka yang leka membaca buku itu terus sahaja bangun dan menghampiri aku.

Satu - satu mencium pipi kanan aku.

Luqman yang pendiam dan cengeng. Paling rapat dengan Papanya.

Maliq yang kuat merajuk  dan pemarah. Paling manja dengan Mamanya.

Dan si kecil Aisyah yang paling kuat berdrama dan manja. Paling rapat dengan Papanya serta Daniel dan Sam.

Mereka semua duduk.

Tangan Luqman terhenti daripada mencicah biskut ke salam susu soya.

Matanya meliar memandang kelibat Papa.

"Mama, Papa kat mana?" soalnya. Aku tertawa.

"Papa dekat dapur sayang tengah masak untuk makan tengah hari kita,"ucap aku.

Luqman mengangguk.

Diambilnya biskut lima keping sebelum menghilang ke dapur.

Pipi aku sempat diciumnya, Maliq sudah menjeling Abangnya tajam.

Nak suap Papa kesayangan la tu. Aisyah pulak sedang sibuk makan tanpa memerhati sekeliling manakala Maliq yang melekat dengan aku.

"Mama suapkan," katanya sambil mengangah mulutnya dengan besar. Aku mengangguk tangan mulai menyuap biskut ke dalam mulut Maliq.

Maliq paling pantang kalau Aisyah, Luqman serta Faiz menempel dengan aku. Mulalah nak mengigit dan marah - marah.

Katanya Mama milik Maliq seorang, kalau boleh selalu nak menempel dengan aku macam ulat beluncas.

Faiz yang sedang mengengam erat tangan Luqman keluar daripada dapur.

Luqman melabuhkan duduk di sebelah aku manakala Faiz berada di sebelah Aisyah.

Maliq sudah menjeling Luqman tajam kerana duduk di sebelah aku.

"Mama Maliq punya la, pergilah duduk tempat lain," katanya sambil memeluk aku erat. Faiz sudah tergelak kecil apabila Maliq sudah memeluk aku dengan erat.

Luqman menggeleng.

"Tak Mama punya kita semua la," katanya membidas kata - kata Maliq.
T

anpa banyak bicara Muizz terus sahaja mengigit tangan Luqman sampai berbekas.

Luqman pun apa lagi menangis lah jawapnya. Tubuh Luqman terus sahaja ditarik ke dalam pelukan Faiz.

Faiz menenangkan Luqman dari menangis manakala Maliq memeluk aku dengan erat. Tak nak aku memujuk Luqman.

Aisyah pulak hanya terkebil - kebil memandang drama pagi kami sekeluarga.

Aisyah yang memandang Abangnya menangis terus sahaja menangis.

Sedih sangat kot. Tu yang menangis sama.

Aku mengeluh satu hal nak pujuk Aisyah, Muiz dengan Luqman.

_________________________________________

See you again.

When i see you again.

🤗

 MUHAMMAD FAIZ. ✔Where stories live. Discover now