♡ Faiz's || bab 36

122 5 0
                                    

36. Lepak mamak.


Sam menarik bagasi Acik.

Acik yang berada di sebelahnya memegang tali beg yang berada di tangan Sam.

Acik yang sudah sedia memakai baju pilot.

Bagasi diserahkan kepada Acik.

"Jaga - jaga ya dekat sana, nanti call aku." Katanya Acik hanya mengangguk.

Tangan dilambaikan sebelum dia mulai bergerak menjauhi  Sam.

Dalam diam Sam mengeluh.

Ingatkan lepas dia balik bolehlah nak date tapi Acik pulak kena pergi fly dekat USA.

Langkah diatur menuju ke arah Tesla X.

Pintu dibuka dan dia terus menghidupkan enjin dan terus memandu laju meninggalkan airport.

Nak lepak dengan Daniel pun dah kahwin.

Nak lepak Faiz, Faiz pun dah kahwin.

Huh sendunya, tinggal dia je yang sendu dan single.

Walaupun Acik dan Sam sudah berjanji akan sehidup semati namun mereka tidak bercinta mereka berdua hanya berkawan baik.

Nanti kalau bukan jodoh tak adalah janggal sangat.

Telefon dikeluarkan dari poket dan contact nama Faiz ditekan.

Mesej mulai dihantar.

Faiz.

Jom lepak kedai mamak.

Typing... 

Aku on je. Daniel tak join ke?

Sam terus sahaja menghantar mesej kepada Daniel.

Daniel.

Kau nak join lepak kedai mamak ke?

On. Aku gerak sekarang.

Contact nama Faiz mulai ditekan kembali dan menghantar mesej ringkas.

Daniel on.

Ok jumpa sana nanti.


Ok.

Keretanya terus sahaja membelok ke kedai mamak.

Sementara menunggu Faiz dan Daniel dia memesan roti telur, nasi lemak dan juga nasi ayam.

Air pulak, air kopi, air lemon teh dan milo pink.

Sementara menunggu dia meliarkan pandangan ke luar kedai mamak memerhati orang - orang yang lalu lalang di luar.

FAIZ memberentikkan keretanya di hadapan butik.

Aku menyalami tangannya.

"Lunch sama - sama ya. Lagipun awak tak masuk kerja kan hari ni."

"Hari lain je la kita Lunch sama - sama. Aku nak kena teman Lisa cari baju hari ni," katanya.

Aku terdiam.

Lisa.

Baju?

Akhirnya aku mengangguk tidak mampu untuk mengatakan apa - apa lagi.

Biarlah kalau sudah memang Faiz mahu bersama dengan Lisa.

Aku tersenyum hambar.

Aku berlalu pergi seusai sahaja meminta diri.

Aku lihat kereta Faiz laju meniggalkan butik.

Aku hanya diam. Mungkin memang sudah tertulis takdir kami begini.

Aku ingatkan selepas kami berbaik nama Lisa tidak akn meniti lagi di mulutnya namun aku salah, salah sama sekali.

Nama Lisa kerap disebut oleh Faiz.

Hati Isteri mana yang tidak sakit melihat Suami bermesra dengan perempuan lain.

Aku melepaskan keluhan berkali - kali sebelum masuk ke dalam butik.

Terpaksa mintak May hantarkan sekali lagi.

NURUL memegang hujung baju Daniel.

Daniel yang sedang menyisir rambutnya itu menoleh memandang Isterinya.

"Ada apa?"

Nurul mengigit bibirnya sebelum berkata.

"Abang nak ke mana?" soalnya.

"Saya nak jumpa Sam dengan Faiz kejap? Kenapa awak nak pesan sesuatu ke?"

"Jangan pandang perempuan ya." Daniel tertawa dan mengangguk.

Alahai sayang comel sangat.








 MUHAMMAD FAIZ. ✔Where stories live. Discover now