♡ Faiz's || bab 32

124 5 0
                                    

32. Lisa.

Semasa sampai di perkarangan rumah Papa kereta Faiz diparkingkan bersebelahan dengan kereta papa.

Aku mengerli pada jam tangan aku.

Jam 5.30 Pm.

Papa mengajak kami untuk makan malam di sana, niatnya kami hendak datang pada pukul 4.00 tetapi Faiz pulak lambat balik kerana sibuk dengan urusan pejabat.

Begitulah ceritanya mengapa kami berdua lambat.

"Kereta tu siapa punya?" soal aku apabila melihat kereta yang diparking bersebelahan kereta papa yang kedua.

Faiz menjongketkan bahunya tidak tahu.

Aku menjeling Faiz yang membuka pintu untukku sebelum dia menarik pipi aku.

"Jeling - jeling, nak aku cucuk mata kau guna garpu ke manjani," katanya dengan tegas.

Aku hanya tersenyum. Pipinya ditepuk - tepuk sebelum aku menarik tangannya masuk dalam gengaman tangan aku.

Kami berdua masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum," laung kami berdua serentak.

Mama membuka pintu untuk kami.

Tubuh aku ditarik ke dalam pelukan sebelum pipi aku dicium.

Tangan aku ditarik ke dalam rumah.

Papa yang sedang berbual dengan adiknya itu terus sahaja tersenyum.

Tangan mak Lang aku salami begitu juga dengan Lisa anak bongsu.

Lisa hanya tersenyum.

"Jomlah, kita pergi makan lauk semua dah siap," katanya.

Kami semua mengangguk dan berjalan bersama ke meja makan yang sudah tersusun makanan yang lazat - lazat itu.

Papa duduk di kerusi utama. Mama berada di sebelah kanan Papa dan Mak Lang yang berada di sebelah kiri papa.

Faiz berada di tengah - tengah aku dan Mama manakala Lisa berada di hadapan Mama.

Aku agak terkilan apabila Lisa dari tadi tersenyum - senyum memandang Faiz.

Pinggan Faiz aku isikan nasi sebelum pinggan aku pulak.

Ayam masak merah aku senduk dan letakkan ke dalam pinggan Faiz.

Dia mengerutkan dahinya sebelum menukarkan kembali pinggan kami berdua.

Aku blur. Dah kenapa bukan ayam masak merah kesukaan dia ke?

Mama, Mak lang dan Papa sibuk berbual.

Kami bertiga pulak hanya berdiam diri.

"Lis, ambilkan Abang ikan goreng tu," katanya kepada Lisa. Lisa mengangguk.

Ikan goreng diletakkan ke dalam pinggan Faiz. Lagilah aku bingung, bukan ke ikan goreng it hanya berada di hadapan aku sahaja.

Namun melihat senyuman lebar Faiz aku hanya mematikan niat aku untuk bertanya.

 MUHAMMAD FAIZ. ✔Where stories live. Discover now