♡ Faiz's || bab 22

139 3 0
                                    

22.Fall in Love.

_______________________________________


Awal - awal pagi Faiz sudah bertolak menuju ke Kafe kegemaran mereka bertiga.

Dia, sam dan Daniel.

Pintu Kafe dibuka sebelum Faiz melangkah masuk ke dalam.

Daniel dan Sam sudah duduk di kerusi yang bersebelahan dengan kolam ikan.

"Assalamualaikum, sorry lambat," kata Faiz sambil melabuhkan duduk di sebelah Sam.

Mereka berdua mengangguk dan Daniel menjawap salam Faiz.

"Kita orang faham la." Faiz tersenyum kekok.

Ok.

"Ni Sam dah pesan Latte kegemaran kau, minumlah dulu hilangkan haus," ucap Daniel.

Faiz berterima kasih, dia menghirup Latte yang masih panas itu.

"Kau bila nak langsungkan perkahwinan kau dengan Nurul?" soal Sam.

Daniel mengeluh dan mukanya terus sahaja berubah muram.

"Entah aku pun tak tahu lah, tapi rasanya Nurul dah nak putuskan tunang kami la," jawap Daniel dengan nada yang down. Rambutnya yang menghalang matanya itu diraup ke belakang.

Faiz dan Sam terbatuk - batuk perlahan.

"Asal bukan korang ni pasangan bahagia ke?"

"Mak Nurul tiba - tiba je terima pinangannya anak ketua kampung," ucapnya dengan penuh Syahdu.

"Kau sayang Nurul ke tak?"

"Sayanglah, tapi tu lah dia tu sayangkan sangat mak dia... hish kusut kepala aku," ucap Daniel sambil mengusutkan rambutnya yang sudah sedia kusut.

"Sabar je la bila dapat mak macam tu."

Daniel hanya mengangguk.

"Kalau sayang pertahankan," nasihat Faiz kepada temanya itu.

"Entahlah... ni kau dengan Rai okey ke?"

Faiz terdiam.

"Okey je buat masa ni." Faiz merenung cawan Lattenya.

"Okey la tu so beni - beni tu dah tumbuh ke?"

"Entah aku tak tahu," jawap Faiz acu tidak acu.

Topik Faiz dan Raisyah terus sahaja di hentikan.

"Ni kau nak pergi mana lepas ni?" soal Daniel kepada Sam.

"Jemput Acik,"

Faiz dan Daniel sudah memandang Sam dengan senyuman mengusik.

Sam sudah mengangkat tangannya.

"Fine, kami baru je nak kenal hati masing - masing."

Faiz dan Daniel terus sahaja menggelakkan Sam.

"Tak sangka ekk Acik berjaya juga masuk dalam hidup kau."

Sam tersenyum - senyum kambing.

"Mestilah, fuuh tak sia - sia aku mengikat hati dia tu akhirnya  ada jodoh juga."

Akhirnya mereka tertawa dengan kata - kata Sam itu.

Setelah 1 jam melepak akhirnya masing - masing meminta diri untuk pulang.

 MUHAMMAD FAIZ. ✔Where stories live. Discover now