♡ Faiz's || bab 6

167 6 0
                                    

6. Imran.

IMRAN memandang muka aku dengan harapan yang tinggi.

"Raisyah sudi tak jadi kekasih hati Im?" tanya Imran dengan sebuah pengharapan yang tinggi.

Aku mengeluh di dalam hati.

Aku seboleh - bolehnya tidak mahu menjalani hubungan cinta kerana sekarang ini aku ingin fokus untuk belajar, mengecapi impian yang aku harapkan selama ini, menjadi seorang jururawat.

Aku mengaru - garu kepala yang tidak gatal.

Aku tak kesah kalau orang nak pandang aku dengan pandangan hairan ketika ini.

Aku sebenarnya agak tidak suka dengan perangai playboy Imran, namun melihat wajahnya...

"But Im kita baru je kenal, tak sampai dua minggu pun takkanlah awak tiba - tiba je suka saya," ujarku menyedarkan Imran yang kami ni baru sahaja berkenalan.

Imran memegang tangan aku tapi dengan pantas aku menepisnya.

Tibe je nak pegang anak dara orang ingat muhrim ke.

"Maaf... tapi Im betul cintakan Rai... sumpah," katanya sambil mengangkat jarinya.

"Please bagi Im peluang, Im janji jaga dan sayang Rai macam nyawa Im." Aku mengeluh, aku bingung mahu menerima ataupun menolaknya.

Pada akhirnya aku bersetuju. Namun dalam hati aku hanya mampu mengeluh.

Tak sangup rasanya menghampakan Im yang sudah nekad itu.

Im terjerit bahagia. Dia melompat kegirangan.

Aku memaksa bibir aku untuk tersenyum walaupun senyuman aku ini pastinya hambar dan kurang gulanya.

Huh masak....

______________________•°•°•°•☆

SATU MINGGU BERLALU...

Petangnya aku keluar bersama - sama  dengan Imran, Ibu awal - awal lagi sudah membantah hubungan kami berdua namun aku tetap teruskan juga.

Maaf Ibu...

Aku mengeluh, termasuk kali ini sudah sepuluh kali aku mengeluh, mengeluh sebab tugasan aku masih berlambak, mengeluh sebab Ibu merajuk dan mengeluh sebab Imran tak habis - habis nak pinjam duit.

Bila difikirkan lagi, aku sebenarnya rasa dipergunakan namun sebab rasa sayang aku ketepikan perasaan yang kurang enak itu.

"Boleh ek Sayang Im nak pinjam 500 je, tak banyak pun."

Mengeluh dan mengeluh.

"Rai bukan taknak bagi Im pinjam tapi duit Rai dah habis, Rai baru je bayar duit pinjaman dari Ptptn," ucapku sambil menyandarkan kepala aku ke tingkap Tesla Imran.

Jual je lah Teslah ni kalau kebulur sangat nak duit itu pun tak tahu.

"Ish..." bentak Imran kuat stering kereta ditumbuk kuat.

Aku terkaku. Ini dah ketiga kalinya Im mengamuk..

Perasaan takut mulai bersarang dalam hatiku.

 MUHAMMAD FAIZ. ✔Where stories live. Discover now