♡ Faiz's || bab 24

121 5 2
                                    

24.jumpa Haiqal.

_________________________________________

Daniel meraup rambutnya kasar, muka Nurul yang berada di muka pintu itu dipandang.

"S... saya mintak maaf, isk," kata Nurul sambil mengelap air matanya.

"Aku dah maafkan, memang bukan jodoh. Baliklah aku taknak bakal suami kau tu datang serang aku balik," kat Daniel lemah tanpa memandang muka Nurul yang sudah comot dengan air mata.

"Awak dah memang tak kesah pasal saya kan." Daniel tersenyum sinis mendengar kata - kata Faiz.

"Kau kenapa? Tibe bukan kau juga ke yang nak putus tunang, aku dah putuskan, kau nak meroyan lagi kat sini kenapa?"

Nurul terdiam.

"Baliklah Nurul, aku dah give up. Balik," kata Daniel pintu rumahnya ditutup dan dikunci.

Nurul yang berada di luar sudah menangis teresak - esak.

Dia cintakan Daniel tapi dia sayangkan mak.

Ya Allah manakah yang harus dia pilih.

Perlahan kakinya dibawah menjauhi perkarangan rumah Daniel.

Daniel hanya memandang sepi langkah Nurul, biarlah dia sudah mengalah.

Pengecut, ya dia la itu.

Daniel tidak mahu Mak Nurul membenci Nurul hanya kerana mereka masih bersama.

Nafas dihembus sebelum dia melangkah ke biliknya, bersiap untuk ke Hospital.

Maaf Nurul.

SEAWAL jam 6. 00 aku sudah berdiri di pintu Faiz. Pintu biliknya aku ketuk .

Dengan air yang masih menitik dari rambutnya itu Faiz membuka pintu.

Aku menelan air liur.

Hot sangat.

"Emm.. saya nak keluar kejap ya nak beli barang dapur." Aku memandang dengan muka yang sehabis - bisa dicomelkan itu.

"Tak payah, petang nanti aku teman kau." Faiz meraup rambutnya ke belakang.

Aku mencebik.

"Alla, kejap je boleh lah," pujukku lagi.

Dia memandang aku dengan muka yang hairan gitu.

"Seingat aku barang - barang dapur masih banyak," kata Faiz.

"Tak salah kan nak tambah stok barang - barang dapur kita," ucap ku.

Wahla aku sebenarnya mahu bertemu dengan seseorang.

Penting katanya.

"Aku teman kau beli." Aku dengan pantas memegang tangannya dan menggeleng.

"Awak tak payah teman. Saya pergi seorang je." Dia memandang aku dengan kerutan di dahinya.

"Please." Akhirnya dia mengangguk membenarkan.

"Nak aku hantar kau?"

Aku menggeleng, kalau hantar nanti kantoi.

"Saya dah pesan Grab tadi," kataku.

Dia mengangguk.

Setelah dia kembali menutup pintu aku terus sahaja masuk ke bilik dan bersiap - siap.

Takut juga lah tapi sebab penting aku gagahkan juga menipu Faiz pagi ini.

Setelah berpamitan aku terus sahaja masuk ke dalam Grab.

 MUHAMMAD FAIZ. ✔Where stories live. Discover now