Special Chapter 0.3

266 7 0
                                    

( FAIZ )

Aku memeluk tubuh Raisyah yang sedang membuka tudungnya itu, kami berdua baru sahaja pulang daripada menghantar the kids di rumah Mama.

Mama cakap dah rindu cucu so tu yang hantar sana, lagipun kita orang dah lama tak duduk berdua dan manja - manja gitu selepas ada anak.

Baru nak peluk mesti terdengar suara.

"Mama,"

"Papa,"

Haiii.. nak marah pun tak boleh sebab anak - anak kesayangan kan.

Raisyah menepuk tangan aku.

"One minute Sayang, aku dah lama tak peluk kau macam ni," ujar aku manja.

Raisyah tertawa perlahan.

"Saya nak tukar baju dulu Abang, takkan nak tidur pakai baju kurung ni Abang oii," ucapnya.

Aku akhirnya melepaskan pelukan. Kemudiannya dia mengambil baju dari almari kami dan menuju ke tandas.

Aku baru sahaja mahu menjadi makhluk romantis tadi terbantut pulak.

Dia yang sudah mengantikan bajunya dengan tshirt hitam dan seluar hitam terus sahaja meletakkan baju kurungnya di tempat baju kotor.

Dia memandang aku hairan apabila aku masih statik memandangnya.

Di sisir rambut paras ketiak itu sebelum diikat bun.

Baju dan seluar aku diambil sebelum diberikan ke pada aku, aku menyambutnya sebelum berlalu ke dalam bilik air.

Apabila aku keluar dari tandas aku melihat Raisyah yang sudah berbaring di tilam dan sibuk membelek - belek Iphone 14 aku.

"Saya dah lama nak tanya awak, kenapa awak beli phone yang sama dengan saya siap ada mangga lagi tu.

Aku tergelak kecil.

Raisyah dihampiri sebelum aku melabuhkan duduk di sebelah Raisyah.

"Mangga ni ibarat hati aku dan kunci ni pulak kunci hati aku. Sebab aku bagi kau key chain tu sebab kau pemegang satu - satunya kunci hati aku ni," ucap aku. Air matanya bergenang.

Terharu mungkin.

Air mata yang hampir menitis itu aku sapu dengan tangan.

"Hiks... terharunya," katanya sambil tertawa.

"Kalau kau perasan aku mula cintakan kau dari awal kau masuk kelas kita tu." Dia terngangah.

"Tak tahu."

"Sebab kau tak perasan sayang, aku selalu usik kau sebab aku suka tengok kau marah - marah." Dia menutup mulutnya yang sudah terngangah itu.

Tubuhnya aku peluk.

"Aku sayang kau dah lama, Ibu pun tahu aku cintakan kau. Kalau kau ingat waktu ambil keputusan spm tu, baju kita berdua sedondon ni sebab aku tanya Ibu, aku nak sangat rasanya sedondon dengan kau," dahinya aku kucup lama.

"Saya pun sayang awak," katanya.

Aku mengangguk.

Tubuhnya ditarik berbaring sebelum kami berdua bertentangan mata.

Pipinya aku elus.

"Thanks sebab sudi kahwin dengan anak manja macam saya ni," kata Raisyah.

"Welcome, thanks juga sebab dah setia dengan aku walaupun aku dah banyak kali buat kau kecewa," balasku.

Dia mengangguk.

Pipi aku dicium sebelum dia menyembamkan mukanya di dadah, tempat kegemarannya.

Bahunya aku tepuk - tepuk untuk mendodoikannya.

Tidak lama selepas itu kami berdua tertidur lena.

_____________________

Aku sayang kau lebih dari yang kau tahu.
Aku sayang kau sedalam lautan pasifik dan setinggi - tinggi gunung kinabalu.
Aku perlukan kau dalam hidup aku.
Selamanya Raisyah milik Faiz.

Maka dengan itu saya mengundurkan diri bersama - sama dengan watak - watak kesayangan saya.

By the way,

Singgah membeli di pasar raya jangan lupa vote dan comment.

Ada jodoh kita bertemu lagi.

Pfft...

Hantam je lah.

Good bye awak semua...

Jumpa lagi.

😭😭😭

MAKA DENGAN INI SAYA MENAMATKAN KISAH CINTA MUHAMMAD FAIZ DAN SAIDAH RAISYAH.

TAMAT.

 MUHAMMAD FAIZ. ✔Where stories live. Discover now