♡ Faiz's || bab 37

127 7 0
                                    

37. Sakit hati.

Faiz berlari - lari anak menuju ke pintu.

Tie yang masih belum terikat itu dibiarkan sahaja terlepas.

Aku yang baru sahaja selesai memasak mee goreng terus sahaja mematikan gas dan menuju ke arah Faiz yang kalut menyarung kasutnya.

Semarah sesakit hati apa pun aku tetap menjalankan tanggungjawap memasak dan menyediakan pakaian untuk Faiz.

"Awak tak makan dulu?" soalku.

Dia  hanya menggeleng.

"Nanti pandai - pandailah aku cari sarapan, ni kau pergi butik sendiri ek pandu kereta aku ke apa - apa lah. Aku dah lewat ni." Tangan dihulurkan untuk bersalam namun Faiz endahkan.

Tanpa bersalaman dia terus sahaja masuk ke dalam kereta.

Aku hanya melihat keretanya yang sudah menghilang itu.

Persoalan di kepala aku sekarang ini adalah kenapa Faiz terburu - buru sangat.

Sampai tak hantar aku pergi butik pulak tu.

Aku mengeluh kali ini sudah tiga hari Faiz tidak menjamah masakan aku serta tidak menghantar aku ke butik.

Bangun pagi juga, Faiz sudah terlebih dahulu solat tanpa aku.

Terpaksa lah bawak mee goreng ni sedekahkan dekat Fikri dan May.

Aplikasi grab aku tekan sebelum memesan grab.

Haii... grab dan grab.

Penatnya, sepatutnya aku ikut cakap Ibu dulu, aku sepatutnya mengambil lesen kereta supaya takde lah aku penat nak tempah grab setiap hari.

Selesai mempaking mee goreng.

Bilik kami berdua aku tujui.

Almari dibuka sebelum tudung hitam diambil dan dililit di kepala.

Gaya yang paling simple aku pilih hari ini.

Beg tangan tidak lupa diambil dan aku bergegas keluar.

Pintu dikunci.

Aku tersenyum kepada Abang Grab sebelum masuk ke dalam dan bertolak.

Sampai di butik aku teeus sahaja menyerahkan dua bekas kepada May.

May sudah tersenyum.

"Terima kasih boss." Aku hanya mengangguk.

Pintu pejabat dibuka dan aku masuk.

Sempat aku titipkan pesan kepada May.

"Kalau ada apa - apa saya dekat dalam ek," kata ku.

May hanya tersenyum dan mengangguk.

Siku diletakkan di atas meja dan menongkat dagu.

Aku sebenarnya bingung dengan sikap acu - tidak acu Faiz.
Mengapah Faiz berubah seperti itu.

Dulu okey tapi sekarang sudah berubah.

Aku mengeluh.

Penatnya hidupnya dengan Faiz.

Pintu diketuk sebelum Fikri menjegulkan mukanya.

"Err... boss ada orang nak jumpa," katanya.

"Siapa?" Dia hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu siapa.

Aku membenarkan nya masuk.

Imran masuk dengan senyuman lwbar.

Dia duduk di kerusi hadapanku.

"Kau nak apa cepat sikit aku sibuk." Imran memandang aku.

"Faiz yang awak kenal tu takla baik sangat," katanya.

"Maksud." Dia terus sahaja memberikan aku gambar.

Faiz sedang memeluk seorang wanita dengan erat.

Hati aku berbolak - balk  tidak tahu mahu percaya ataupun tidak.

Walaupun gambar ini menunjukkan Faiz yang sebenarnya namun aku tetap ragu - ragu.

Zaman sekarang boleh edit kan.

"Please Raisyah kita mulakan balik. Saya dengan awak." Aku hanya diam.

Otak sudah terlalu penat dengan semuanya.

Betulkah ini benar - benar Faiz.

Aku buntu.

Hati menidakkan namun otak menyuruh aku untuk percaya.

"Raisyah kita kahwin, saya sanggup jadi suami awak," rayunya lagi.

Aku yang sedang stress itu tidak sedar menampar wajah Imran.

Dadah turun - naik menahan geram pada Imran.

"Sudahlah tu Im, aku takkan pernah suka dengan kau lagi," ucap aku kasar.

Dia memegang pipinya yang sudah merah.

Nama Fikri dilaung.

"Ada apa boss," katanya.

"Halau dia," kata aku.

Imran mendengus keluar dari pejabat aku.

Fikri memandang aku sebelum berlalu.

Sekarang ni aku kusut.

Aku takut kalau betul apa yang ada di gambar.

Aku takut.

_________________________________________

ENJOY READING.
  

 MUHAMMAD FAIZ. ✔Where stories live. Discover now