♡ Faiz's || bab 19

146 3 0
                                    

19. Kemas rumah.

_________________________________________

Awal pagi aku sudah terpancak di pintu bilik Faiz.

Tangan dan muka aku sudah berbintik merah, air mata aku sudah bertakung di tubir mata bila - bila masa sahaja akan pecah.

Jangan salah faham air mata aku bertakung bukan sedih sebab Faiz tak teman aku tidur sampai pagi tapi aku gatal - gatal perit wo...

Bukan lagu Jannah Nick yang gatal - gatal tu tapi badan aku yang gatal - gatal.

Pintu bilik Faiz aku ketuk berkali - kali.

"Awak... ohh awak bangunlah," jeritku sambil mengetuk pintu.

Aku rasa pintu bilik Faiz ni bila - bila masa je akan berlubang sebab aku ketuk kuat sangat.

Faiz yang baru keluar dari kamar mandi itu terus sahaja membuka pintu.

Aku tersenyum namun apabila melihat Faiz yang hanya bertuala itu membuatkan aku memejamkan mata aku.

Air menitik - nitik dari rambutnya.

"Kau nak apa?" tanyanya sambil mengelap rambutnya dengan tuala.

Faiz ni tak malu betul dengan aku.

"E.. pergilah pakai baju dulu."

Faiz memandang aku dengan blur.

"Cakaplah apa kau nak, lepas ni aku dah sibuk kalau kau nak panggil aku lagi aku takkan menyahut," ucap Faiz.

Aku menarik nafas yang dalam, mata aku masih tertutup.

"Gatal," kataku sambil memperlihatkan tangan aku kepada Faiz.

"Humm... siap - siap akau hantar kau dekat hospital, mana tahu berjangkit nanti aku pulak yang kena," kata Faiz. Pintu biliknya ditutup kembali.

Aku membuka mata dan memandang muka pintu Faiz dengan tidak percaya.

Choi... jahatnya mulut Faiz, sanggup cakap macam tu dekat isteri dia.

Aku berpeluk tubu sebelum menghentakkan kaki dan berjalan masuk ke bilik aku.

Jahatnya.

Ingat hati aku ni tak terasa ke?

Aku merajuk, jangan cakap dengan aku sampai malam.

Speak to my hand.

Selepas masuk dengan selamat di dalam kereta Faiz bersuara.

"Pakai seat belt tu, kalau ada polis nanti aku kena saman, melepas duit aku nak bayar," katanya dengan nada yang memperli.

Aku memakai Seat belt dengan protes.

Faiz menjeling aku tajam marah la tu sayang kereta daripada bini.

Bencilah.

Usai mengambil nombor di kaunter kami pun duduk di kerusi yang disediakan.

Aku memandang sekeliling, tak adalah ramai sangat.

Faiz pulak aku pandang sedang berbalas pesanan entah dengan siapa senyum - senyum pulak tu.

Iphone 13 nya akau intai sedikit namun dia terus sahaja menolak kepala aku ke tepi.

Dengan mulut yang mengalahkan muncung itik itu aku bersuara.

"Tengah mesej dengan siapa tu?" soal aku kepada dia.

"Buah hati, dalah sibuk je," katanya sambil tersengih - sengih.

Aku mendengus geram.

Faiz ni langsung tak jaga hati aku.

Aku terasa ni.

Setelah nama aku dipanggil kami berdua pun melangkah masuk ke dalam bilik dokter.

Dokter memberikan aku ubat gatal - gatal dan paracetamol.

Setelah itu Faiz menghantar aku di rumah Ibu Siti.

Aku ditinggalkan dengan Ibu Siti.

Alasannya dia ada meeting mendadak yang wajib dihadiri.

Jauh pulak tu.

Oleh kerana itu aku ditinggalkan bersendirian.

Actually bukan bersendirian tapi Ibu Siti pun ada aku je yang aca lebih nak ikut.

Huhu... rindu...

Eh meroyan.

_________________________________________

Enjoy reading dengan cerita saya ni yang semakin merapu.ß

Huhu... sendu..

 MUHAMMAD FAIZ. ✔Where stories live. Discover now