♡ Faiz's || bab 21

144 7 0
                                    

21. Kuih talam dua muka.

Talam dua muka apa tu?

_________________________________________

Disebabkan hari ini aku tersangatlah rajin maka aku ingin membuatkan kuih untuk Faiz.

Ini kerana Faiz yang sabar membimbing aku sehingga aku pandai masak nasi, telur dadar walaupun ada sedikit garing dan juga kopi.

See pandai kan aku.

Aku mengaru - garu kepala yang tidak gatal.

Persoalanya sekarang ini apakah kuih kesukaan  Faiz?

Cheh.. macam soalan exam pulak.

Faiz yang sedang sibuk menonton tv itu aku hampiri.

Laa Boboboi pulak, terkejut aku ingatkan Faiz tengok main bola tadi muka macam khusyuk sangat.

Ish... ish.. tekaan seorang Raisyah salah.

Tet 0 markah untuk Raisyah.

Puggung dilabuhkan bersebelahan dengan dirinya dan paha ditepuk perlahan.

Faiz yang merasa terganggu itu terus sahaja mengangkat sebelah keningnya.

"Awak minat kuih apa ek?" tanyaku sambil  menguis - nguis baju hitam miliknya.

Tabiat baharu seorang Raisyah apabila berada di samping Faiz. Tangan ni gatal je nak kuis - kuis baju Faiz.

"Asal kau nak tahu pulak ni?" soalnya kembali.

Aku merenung dia dengan tajam setajam - tajam pisau yang berada di dapur itu.

"Tanya je pun salah ek," ujar aku.

Dia menjentik dahi aku namun perlahan sahaja.

"Salah, dah cepat jawap kau nak buat apa." Sambil mengosok dahi aku mencubit pehanya dengan perlahan kalau kuat sangat takut nanti Faiz tak temankan aku tidur.

"Saya nak masak salah ke," kata aku dengan garang. Garang lah sangat sampai Faiz pun dah tertawa kecil melihat mimik muka garang aku.

"Masak... hahaha kau tengah buat lawak ke sekarang ni, telur pun belum pass ada hati nak masak kuih pulak," sindir Faiz.

Ciss... terguris hati aku ni.

Fine, aku terus sahaja berdiri namun belum sempat aku berjalan tangan diraih Faiz dan menarik aku untuk duduk semula.

"Chill la, okey sorry aku nak usik kau je tadi," ucap Faiz serba salah.

Aku menjelingnya tajam sebelum berpeluk tubuh.

Sekarang ni aku dah tak ade niat langsung nak masak.

"Sorry okey, nanti aku belikan kau coklat kegemaran kau tu sekali dengan ice cream."

Mata aku bercahaya.

"Betul ni," ucap aku teruja, siapa je tak teruja bila kita langsung tak perlu keluar duit untuk beli makanan yang disukai. Cepat cakap sebelum aku rotan korang dengan rotan legenda Cikgu Abdi.

 MUHAMMAD FAIZ. ✔Where stories live. Discover now