♡ Faiz's || bab 12

164 8 0
                                    

12. Pergaduhan.

Aku berjalan - jalan seorang diri di mall. Niat hendak singgah dekat butik namun kata Fikri Ibu sudah pulang tadi katanya hendak mengambil barang di rumah.

Dalah pagi tadi aku langsung tidak bertemu Ibu dek kerana aku bangun lambat...

Haii...

Maka kerana itu lah aku berjalan seorang diri, aku sudah berhenti belajar, walaupun prof beri aku cuti namun aku tidak rasa aku mampu untuk  bertemu dengan Im di Uni.
Oleh itu aku akhirnya memutuskan untuk berhenti sahaja.

Ibu juga agak kesal namun dia hanya mengikuti kemahuan aku.

Mungkin selepas ini aku berkerja di butik Ibu sahaja.

Selalu dan dekat dengan Ibu.

Sedang khyusuk mencuci mata seorang menegur aku dari belakang.

Aku menoleh.

Faiz..

Dia tersenyum manis.

"Rai nak pergi mana?" soalnya.

Aku sempat menilik pemakaiannya yang santai itu.

Baju tshirt hitam dan seluar Fila hitam.

"Takde jalan - jalan je."

Dia mengangguk.

"Aku pun jalan - jalan, jomlah aku belanja kau makan."

Aku dengan teragak - agak akhirnya bersetuju.

Kami berjalan ke arah restoren Fyllla Restoran. (Hentam selagi mampu ye awak semua.)

Katanya hidangan di sini semuanya sedap - sedap.

Pekerja - pekerja di sini turut ramah tama.

Kami berdua memilih tempat yang agak tersorok dari orang ramai.

"Kau okey,"

Aku mengangguk.

"Ibu sehat... dah lama aku tak jumpa Ibu." Dia memandang sekeliling restoran.

"Alhamdulillah sehat, tapi tu lah aku dah jarang jumpa Ibu. Ibu sibuk kebelakangan ini banyak tempahan yang masuk."

Dia mengangguk.

"Biasa lah tu." Perbualan kami berdua terhenti apabila seorang pelayan lelaki datang memberikan pesanan kami tadi.

"Enjoy you meals," ucapnya sebelum berjalan pergi.

"Terima kasih."

Dengan bismillah kami berdua menyantap makanan dengan diam.

Masing - masing kekok nak mulakan perbualan kembali.

Tiba - tiba Imran datang dengan muka yang dingin.

Anak matanya menjegil tajam memandang aku.

Aku menunduk.


"Ohh... ini sebab kau nak putus dengan aku," ucap Imran dengan nada yang sudah naik oktaf.

Kolar baju Faiz ditarik dan penumbuk dilayangkan tepat ke arah pipi Faiz.

Faiz mendengus geram, rambutnya diraup ke belakang sebelum rahang Imran ditumbuk dengan kuat sehingga Imran jatuh terduduk.

Bibir faiz yang sudah berdarah itu dikesat dengan tangan.

"KAU TU DAH KENAPA TIBA SERANG AKU," jerkah Faiz.

Imran tertawa psyco.

"Kau tingalkan je perempuan ni bro kau ni tak layak untuk dia, dia ni perempuan hina. Jijik," katanya.

Aku terkaku.

Perasaan malu mulai bersarang di hati aku apabila rata - rata pengujung dan pekerja memandang kami.

"Kau tu yang tak berguna," ujar Faiz.

Muka Faiz mulai berubah tegang, anak matanya merenung Imran dengan tajam.

Tangannya sudah mengepal buku lima.

"Bro... kau patutnya sedar dia ni pelacur,"

Kata - kata Imran itu membuatkan Faiz terus sahaja menumbuk muka dan perut Imran berkali - kali.

Mereka berbalas serangan, pergelutan mulai terjadi.

Dengan cemas aku terus sahaja menyiram Imran dengan air kopi aku.

Perkelahian mereka terhenti.

F... faiz.

Faiz meraup rambutnya yang sudah basah dengan kopi.

Dia sempat berbisik sesuatu sebelum berjalan meninggalkan kami berdua.

Aku tergamam.

Aku tersalah orang.

Tanpa membuang masa aku terus sahaja membayar pesanan kami tadi dan berlari keluar tidak tahan dengan mata orang - orang.

Kelibat Faiz dicari namun hampa mungkin dia sudah marah besar kepada aku.

Maaf aku tak sengaja...
_________________________________________

Vote and comment.

🌟MUHAMMAD FAIZ🌟


 MUHAMMAD FAIZ. ✔Where stories live. Discover now