♡ Faiz's || bab 27

139 6 0
                                    

27.jealous girlfriend.

Paginya kami bertolak ke rumah Papa, katanya Papa buat kenduri kesyukuran sebab Farina adik sepupu Faiz sudah selamat melahirkan twin.

Alhamdulilah.

Kami sampai ke rumah pada jam 9.00 am.

Kereta diparking bersebelahan dengan kereta Papa.

Pintu dibuka oleh Faiz sebelum kami berpimpinan tangan  masuk ke dalam rumah.

Hari ini kami berdua berpakaian sedondon.

Kurta hitam dan baju kurung hitam.

Eh... mengimbas zaman sekolah dulu.

Songkok yang berada di kepala Faiz aku betulkan sebelum kami masuk ke dalam rumah.

Sepupu - sepupu Faiz memandang kami dengan senyuman di bibir.

Tangan makcik - makcik yang sedang sibuk aku salami dengan lembut.

"Baru sampai ke Rai?" soal Makcik Nab sambil mengelap pinggan.

Aku mengangguk.

"Mama kat nama?"

Makcik Jamie menunjukkan ke arah dapur. Aku mengangguk dan tersenyum manis.

Tidak mahu mereka mengecap aku sombong.

Faiz sempat aku kerli sebelum berjalan masuk ke dapur.

Faiz sedang sibuk berbual dengan sepupunya.

Biasalah lelaki.

Langkah aku terhenti apabila aku terdengar suara - suara sumbang Makcik - Makcik bawang.

"Aku kesian lah dekat kau Na, isteri c paiz tu belum mengandung," kata Mak Tam.

Mama hanya tersenyum yang pastinya senyuman Mama kelat.

Aku sudah menelan air liur yang berpasir, bukan aku tidak mahu anak namun entahlah.

"Tu lah, bini Paiz tu lama sangat mengandungnya merancang ke?" soal Mak Lang lagi.

Merancang, buat apa aku nak merancang kalau tidur pun berasingan.

Ish... ish tak baik menuduh ni.

"Mandul kut tu yang belum beranak tu, dah dua bulan perkahwinan mereka tu tapi belum ada anak, tengok Farina tu baru sebulan dah dapat anak kembar pulak tu," kata Mak Usu menambah perencah dalam perbualan mereka.

Aku terkaku, mandul. Betul ka aku mandul.

Tangan Mak Usu ditepuk oleh Mama dengan perlahan.

"Kamu ni Usu, tak baik cakap macam tu, biasa la anak muda masih nak hidup berdua," kata Mama membela aku.

Mak Uda hanya diam fokus memotong bawang dan mendengar perbualan mereka.

Mak Uda memang pendiam namun bila dah bersuara makan dalam.

"Ish kau ni Na, betul lah Usu tu cakap, bini Paiz tu mandul." Mak Usu mengangguk menyetujui kata - kata Mak Usu.

 MUHAMMAD FAIZ. ✔Where stories live. Discover now