♡ Faiz's || bab 2

342 8 0
                                    

02. Gaduh dekat sekolah.

FAIZ membaling gumpalan kertas ke arah aku yang sedang bergelak ketawa bersama dengan Nurul dan Acik.

Ketawa aku terus sahaja terhenti apabila sesuatu mendarat elok di tudung sekolah aku.# kepala aku.

Aku mendengus geram. Sah kerja ni mesti mamat kerek tu.

Aku menoleh ke belakang Faiz sedang menjelirkan lidah dan membuat muka hodohnya ke arah aku.


Aku berdecit kegeraman. Tangan sudah di gengam erat. Tiba masa nak melayang je penumbuk dekat muka Faiz.

Murid - murid kelas 5 Gemilang hanya memandang kami berdua dengan pasrah.

Tahu sangat mereka ni dah bosan dengan kita orang yang selalu sahaja  bergaduh ni.

Macam kucing dengan anjing je.

Buku teks yang tebal itu aku ambil dan hempuk ke kepalanya tak jadi nak bertumbuk kang terbang semua meja dan kerusi.

Aku tak nak ganti.

"Aduh, aduh kau ni dah kenapa?" Jerit Faiz sambil menepis - nepis buku teks Sejarah itu.

"Rasakan dah salah kau sendiri tiba - tiba baling kertas dekat aku." Aku mengerjakannya cukup - cukup.

Setelah beberapa minit mengerjakan Faiz akhirnya aku tersenyum puas, puas mengenakan Faiz kembali.

Faiz memandang aku dengan geram rambutnya diraup ke belakang sebelum berdiri dan menjentik dahi aku dengan kuat.

Aku mengaduh kesakitan.

Tangannya aku tampar.

"Kau ni kan lelaki tak guna aku pernah jumpa.. FAIZ BOTAK."

"DAN KAU PEREMPUAN MANJA AKU PERNAH JUMPA. RAISYAH MANJA ANAK MAMA."

Dan agenda jerit menjerit pun bermula. Tidak lama kemudian agenda tarik menarik juga turut berlangsung.


Faiz menarik tudung aku dan aku menarik rambut Faiz dengan kuat.

Nasib baik sahaja aku memakai tiga pin jadi tudung tak tertanggal bila Faiz menarik tudung aku kuat.

Para murid - murid sudah meninggalkan kelas takut mereka juga terlibat sama dalam peperangan kami.

"LEPASLAH SAKIT KAU TAHU TAK," jerit Faiz dengan kuat.

Namun aku mengendahkan kata - katanya rambutnya aku cengkam kuat.

"Hahaha... rasakan kau nak sangatkan fine aku on," aku tertawa jahat.

First time aku tarik rambutnya. Rambut yang menjadi aset terpentingnya itu

Agenda kami terhenti apabila mendengar suara Cikgu Abdi guru disiplin yang paling ditakuti di sekolah menjerit menghentikan pertelingkahan kami berdua.

Kami berdua terus sahaja menelan air liur dengan kelat.

Perlahan tangan yang sedang menarik rambut Faiz dilepaskan begitu juga dengan Faiz.

Tudungku yang sudah senget aku biarkan begitu sahaja, aku juga sempat memandang rambut Faiz yang sudah serabai itu dah macam gelandangan sahaja.

Matilah hari ini.

Maka al kisah selepas diceramah oleh cikgu Abdi selama satu jam akhirnya kami berdua berdiri di padang sekolah.

Berpanasan di bawah cahaya matahari sehingga pulang.

Aku memandang ke arah jam tangan.

Haii ada 2 jam lebih lagi nak balik.

Pandangan pelajar yang lalu - lalang di hadapan kami sekarang ini kami endahkan yang pentingnya sekarang ini adalah diam ini kerana cikgu Abdi sedang memperhatikan mereka di bilik guru.

Aku mendengus kasar.

Aku mengerli Faiz yang berdiri dengan muka yang ketat itu.

"Ini semua kau punya pasal manja, kalau kau tak pukul aku guna buku teks tadi takdenya aku nak mengamuk." Katanya geram dengan aku.

Aku menjelingnya tajam.

"Salah aku, ehhh tibe je kau ni, kau yang mula dulu tadi kan." Dia yang salah nak salahkan orang lain pulak.


"Fine, kau tunggu je pembalasan aku, budak manja." Faiz sempat menarik tudung aku.


Dasar budak kerek.

Faiz kerek.

Biadap.

Semualah yang jahat - jahat kat dia.

Serius Faiz ni memang jahat.

_________________________________________

Vote and comment.

Btw korang team mana?

Team Rai

Ke

Team Faiz?

Cuba korang comment sikit mana team korang.

😘😘

 MUHAMMAD FAIZ. ✔Where stories live. Discover now