♡ Faiz's || bab 14

150 6 0
                                    

14. Setuju.

Papa memandang muka Faiz yang sedang menekur lantai.

"Papa nak kamu terima Raisyah tu jadi isteri kamu," kata  Papa tegas.

Mama hanya diam di sebelah Papa tidak berani untuk menyampuk ucapan Papa.

Faiz mengeluh.

"Tapi Pa, Faiz sekarang ni sibuk dengan projek baru," ucap Faiz, betul la dia sedang sibuk dengan projek baru.

Pulang pun lewat malam, kadang - kadang sampai berjaga di Syarikat semata - mata nak siapkan kerja.

Oleh itu dia seboleh - bolehnya  mahu mengelakkan berkahwin di masa sekarang.

"Papa tak kesah kamu sibuk ke kamu banyak kerja ke yang penting Papa nak kamu kahwin dengan Rai. TITIK." dada Papa sudah turun naik.

Mama di sebelah menenangkan Papa. Mama menepuk - nepuk belakang badan Papa.

"Faiz kamu tak kesian ke dengan Rai tu, lepas ni dia dah tak ada tempat nak bergantung," ujar Mama lembut.

Dia kasihankan Raisyah, selama ini dia sayangkan Raisyah seperti anak dia sendiri tidak lebih dan tidak kurang kasih sayangnya kepada Faiz dan Raisyah.

Faiz meramas rambutnya kasar.

"Please la Pa, Faiz tak suka pun Rai tu kalau Papa dan Mama nak menantu Faiz akan cari sendiri tapi bukan Rai..." bantah Faiz habis - habisan.

Dia tidak sedia ingin menjadi Suami.

Belum buat masa sekarang.

Dia takut dia hanya akan mengusutkan fikiran Rai lagi.

"Kahwin dengan Raisyah atau FF Holdings tu Papa urus balik , itu pun kalau kamu nak Papa sakit balik fikirkan pasal syarikat." Faiz dan Mama terkejut.

"Papa,"

"Abang," Faiz dan Mama serentak berkata.

Faiz buntu, dia tidak mahu Papanya sakit kembali.

"Huh... baiklah Faiz setuju," ucap Faiz tidak bermaya.

Mama dan Papa tersenyum suka.

Tak susah pun nak pancing Faiz untuk kahwin dengan Raisyah.

"Aku akan jaga anak kau baik - baik," ucap Mama di dalam hati.

Mereka  berdua gembira.

Sangat gembira dengan keputusan Faiz itu.

Faiz hanya diam jika dia setuju Rai macam mana pulak. Takkanlah dia mahu kahwin tanpa pengantin wanita.

"Ma, Raisyah macam mana?" soalnya kepada Mama dan Papa yang berada duduk berhadapan dengan dirinya.

Mama tersenyum lebar mendengar ucapan Faiz.

"Rai dah setuju."

Faiz terdiam.

Benarkah...

_________________________________________

Vote and comment.

 MUHAMMAD FAIZ. ✔Where stories live. Discover now