SPECIAL CHAPTER 0.1

187 2 0
                                    

Luqman memandang muka aku dengan mata yang berkaca.

"Kenapa sayang Mama ni," kata ku sambil mendukung Luqman.

Luqman menangis di dalam gendongan aku.

Rindu Papa la tu.

"Shh... jangan menangis sayang Mama nanti papa balik ya, shh." Luqman makin meraung - raung.

Betul - lah sikapnya sudah seperti aku semasa mengandung.

Cengeng sangat paling tak boleh blah adalah sikapnya yang tak boleh berenggang dengan Faiz.

Faiz masuk tandas pun menangis.

Sebiji kan.

Pipi Luqman dicium - cium.

Kedengarannya pintu bilik dibuka.

Faiz yang baru sampai dari masjid itu terus sahaja  mendekati kami berdua.

Pipi aku dicium sebelum pipi Luqman.

Tangisan Luqman meredah.

Faiz mendukung Luqman menuju ke beranda. Tempat kesukaan Luqman.

Pipi Luqman digomol - gomol.

Aku tertawa kecil.

Haii... jealous pulak hati ini.

"Luqman jangan nangis - nangis tau nanti Mama penat okey." Luqman tertawa.

Jari Faiz dimainkan olehnya.

"Abang dah lawat Sam ke?" Soal aku.

Dia menggeleng.

"Macam mana nak lawat, budak seorang ni tak boleh langsung nak berenggang," katanya sambil mengigit pipi Luqman perlahan.

Luqman menjerit kesukaan.

"Nanti kita lawat sama - sama la kalau macam tu." Faiz hanya mengangguk sebelum tumpuan diberikan kepada anak sulung kami.

"Sayang pergilah makan nasi ayam tu Abang ada tapaukan untuk sayang," katanya romantis.

Aku mengangguk.

Begitulah rutin harian Faiz.

Jika aku sibuk mengurus Luqman dia akan menapaukan aku nasi ataupun dengan suka relanya memasakkan lauk.

Aku nak tarik balik perkataan aku dulu pasal gentleman.

Faiz memang gentleman.

Sekarang dan selamanya.

Aku meninggalkan Faiz dan Luqman yang sibuk berbual itu menuju ke bawa.

Tapau nasi aku buka sebelum.

Bismillah dibaca.

Tangan kanan aku gunakan untuk mengaul lauk sebelum nasi ayam masuk  ke dalam mulut.

Dikunya - kunya sehingga hancur sebelum ditelan.

Aku bahagia berada di samping suami dan anak tercinta.

Bahagia yang dirasakan tidak terkira.

Alhamdulillah.

Syukur dipanjatkan kepada Allah kerana menganugerahkan aku insan seperti Faiz dalam hidup.

I love you forever Abang.

_________________________________________

Takkan duakan dia
Belum tentu esok kan masih ada.
Kesempatan tak datang kedua kalinya.
hargai dan jaga hatinya.

Farwell Muhammad Faiz.

 MUHAMMAD FAIZ. ✔Where stories live. Discover now