♡ Faiz's || bab 20

170 6 0
                                    

20. Balik rumah dan ajar masak.


_________________________________________

Ibu Siti mengetuk pintu bilik aku, dengan malas aku melangkah dan membuka pintu.

"Ada apa Ibu Siti?" tanya aku sambil mengosok mata, maklumlah aku baru je bangun tidur.

Lagipun aku tidur lewat semalam, rindu punya pasal namun aku ego, aku nak Faiz yang call.

Ehhh... takdenya Faiz call.

Ohh lupa nak bagi tahu dah dua hari aku duduk di rumah Ibu, dua hari jugalah aku tak tidur lena sebab takde siapa pun cerita princess sebelum aku tidur.

Nampak tak mengadanya aku di situ.

Ibu Siti memberikan aku isyarat tangan,

Pintu?

Siapa yang datang?

Selepas sahaja Ibu Siti  habis membuat isyarat aku mengangguk.

Tudung main masuk aku masukkan ke kepala aku dan berjalan keluar dari bilik, tangga aku turuni sebelum aku berjalan lurus menuju ke arah pintu.

Perasaan berdebar - debar mulai hadir dalam hati aku di kala ini.

Pintu dibuka dengan perlahan.

Aku tersentak dan ternganga.

F... Faiz.

Aku sempat menggosok mata untuk memastikan bahawa Faiz yang berada di hadapan aku itu Faiz yang sebenar dan bukan bayangan aku.

Dia tersenyum lebar dan mendepahkan tangannya luas.

Perasaan gembira mulai hadir.

Aku berlari laju ke arah Faiz.

Aku langsung tidak memakai selipar.

Excited punya pasal sampai lupa pakai selipar.

Tubuhnya aku peluk erat, tubuhnya terasa tegang sebelum dia membalas pelukan aku erat.

"Miss me," bisiknya.

Aku mengangguk, Faiz tertawa kecil ketawa faiz itu membuatkan aku sedar yang baru sahaja aku mengangguk menjawap soalannya.

" kau okey tak, gatal - gatal kau tu masih ada?" tanya prihatin.

Dengan malu - malu aku mengangkat kepala memandang mukanya.

"Masih ada tapi dah tak banyak lagi dah," kataku bagi menjawap pernyataan dia tadi.

Dia mengangguk.

"Kau tak pakai selipar Sayang," bisiknya.

Aku melihat kaki aku, wajahku terus sahaja menjadi merah muka disembamkan di dada bidang Faiz.

Aku malu plus teruja bila Faiz panggil sayang.

Dia tertawa kepala aku terasa diusap sebelum aku merasa di awangan.

 MUHAMMAD FAIZ. ✔Where stories live. Discover now