♡ Faiz's || bab 13

154 7 0
                                    

13. Surat terakhir dari Ibu.

I...ibu.....

_________________________________________

Aku keluar daripada perut grab  terima kasih diucap sebelum aku menyerahkan not 19 ringgit.

Aku memandang ke arah rumah yang kelihatan meriah itu.

Kereta - kereta tersusun di halaman rumah mereka.

Dahi berkerut.

"Ibu buat majlis ke?"

Aku berjalan menuju ke dalam rumah, perkara pertama yang aku lihat adalah Ibu Siti yang sudah terhinjut - hinjut dan ditenangan oleh jiran kami.

Melihat air mata Ibu Siti hati aku tiba - tiba menjadi tidak enak.

Yang ada di otak aku sekarang ini adalah Ibu.

Ibu...

Setelah membuka pintu dan salam dilaung aku masuk ke dalam.

Semua orang memandang aku dengan pandangan yang simpati.

"Ibu Siti, Ibu kat mana?" soalku  namun dia langsung tidak mengangkat muka dan memandang aku.

Akhirnya yang bersuara adalah Abang din suami kakak Murni.

"Ibu... kamu dah meninggal," katanya perlahan.

Aku tertawa hambar hati aku sekarang ini sudah berdegup kencang kelibat Ibu dicari - cari namun hampa.

"Tipu korang semua mesti tipu kan,"

Melihat muka - muka yang muram itu membuatkan aku terus tidak bermaya.

Aku terus sahaja terduduk apabila kaki aku sudah tidak mampu lagi menampung.

Kata - kata Abang Dim memberikan aku tamparan yang hebat.

Aku tidak mahu mempercayai ucapan Abang Din namun hati aku mendesak aku untuk mempercayainya.

Aku kehilangan kata - kata.

Setitis demi setitis air mata mulai mengalir di pipi.

Ibu Siti terus sahaja memeluk aku.

Esakan mulai kedengaran di pelusuk rumah.

Ibu...

Aku duduk di tikar sambil memegang tangan Ibu Siti.

Aku mencoba untuk menahan tangisan aku namun tidak berjaya.

Pusara Ibu ditatap dengan hati yang sebak.

Aku tidak menyangka Ibu akan meninggalkan aku secepat ini.

Ibu Siti menggenggam erat tangan aku, menyalurkan kekuatan kepada aku.

Namun tetap sahaja aku tidak kuat, terlalu tidak kuat.

Aku sudah tidak ada sesiapa lagi di sini,

Ibu..

Hati aku merintih namun mulut aku seakan - akan digam.

Mama mengusap - usap kepala aku.

"Tak baik menangis Raisyah, jom balik dah petang ni," ucap Mama perlahan.

Aku menggeleng, aku mahu menemani Ibu di sini.

Setelah puas memujuk aku tetap berkeras untuk tidak mahu pulang.

Akhirnya hanya Mama, Papa dan Ibu Siti yang pulang ke rumah.

Aku menangis tanpa suara.

Aku tidak sempat untuk mencium pipinya dan dahinya hari ini, tidak sempat menggenggam erat tangannya, tidak sempat memeluk dirinya.

Ibu...

Semakin lebat air mata aku mengalir.

"Raisyah, jom balik dah nak Maghrib ni, kau belum sembayang Asar lagi ni," ucap Faiz.

Aku mengangguk.

Sedih apapun solat tetap wajib.

Yassin di dalam gengaman dipegang erat sebelum aku bangun.

Tikar Faiz gulung sebelum kami bergerak ke arah Range Rover.

Pintu untukku dibuka sebelum dia menyuruh aku untuk naik.

Aku mengangguk.

Pintu ditutup dengan perlahan kemudian dia masuk ke dalam tempat pemandu..

Faiz menghidupkan enjin dan terus sahaja membawa kereta keluar dari perkarangan kubur.

Keadaan sunyi dan sepi aku lebih memilih untuk memandang ke luar tingkap dan diam manakala Faiz fokus memandu.

"Nah," katanya lalu memberikan aku air mineral.

Aku hanya memandang dan tidak ada niat hendak mengambilnya.

Aku memilih untuk menutup mata berharap agar ini hanya mimpi.

Mimpi...

Lama kelamaan aku mulai terbuai dan terlena.

KINI SUDAH seminggu Ibu meninggalkan aku dan Ibu Siti.

Seminggu jugalah aku berkurung di bilik, Faiz dan keluarganya kerap kali datang melawat aku namun aku hanya berkurung di bilik.

Apabila Ibu Siti mengetuk pintu bilik untuk memanggil aku makan akhu hanya diam.

Tidak berselara untuk makan setelah kepergian Ibu.

Namun hari ini aku terpaksa turun ke ruang tamu ini kerana sepucuk surat.

Ibu Siti menyerahkan surat itu kepada aku, keluarga Faiz juga ada di sana kenapa dan mengapa aku tidak tahu.

Nenek Isa juga turut di sana.

Nenek Faiz.

Surat itu aku buka dengan hati yang berdebar.

Assalamualaikum anak Ibu yang tersayang.

Ibu sayang anak Ibu ni sangat - sangat tapi takdir takkan selalu bahagia .

Ibu tulis surat ni nak beritahu Raisyah supaya menerima Faiz.

Faiz Ibu amanahkan untuk menjaga kamu setelah Ibu tiada nanti.

Hanya itu pesan terakhir ibu dan Ibu tahu Faiz akan mampu menjaga kamu.

Ikhlas dari Ibu.

Air mata aku tahan daripada mengalir surat itu aku serahkan kepada Mama.

Tangan Nenek Isa aku gengam erat.

Aku...

Aku buntu...

Aku tidak tahu untuk membuat keputusan...

Faiz mahu menerima aku ke...

________________________________________

Vote and comment.

 

 MUHAMMAD FAIZ. ✔Where stories live. Discover now