♡ Faiz's || bab 26

125 5 0
                                    

26. Misi : pujuk.

Daniel membuka pintu perlahan sebwlum menyuruh aku masu.

"Nah," kata Daniel sambil menyerahkan dua tapau.

"Aku tahu kau belum m1akan, kau dengan Faiz punya. Ohh bilik Faiz sebelah pintu biru tu jangan salah masuk bilik aku sudah." Aku mengangguk.

Seusai berterima kasih aku terus sahaja naik ke tingkat dua. Daniel awal - awal sudah meninggalkan perkarangan rumah dua tingkatnya memberikan ruangan kepada kami berdua.

Pintu yang bersebelahan dengan pintu biru aku buka dengan perlahan.

Faiz sedang tertidur, penat kut.

Tangannya yang sudah dirawat itu aku pandang lama.

Mesti sakit.

Aku masuk ke dalam, pintu bilik aku tutup dan kunci sebelum berjalan mendekati dia.

Pipi aku elus perlahan kemudian tunduk mencium dahinya lama.

Tubuh dibaringkan ke sebelah Faiz sebelum memeluk tubuhnya erat muka aku sembamkan di dada Faiz.

"Sorry, awak. Sayang awak sangat - sangat." Tangan kanan Faik aku letakkan di pinggang aku.

Tidak lama kemudian terasa pergerakan Faiz.

Mata Faiz dibuka perlahan sebelum digosok - gosok.

Tubuh aku ditolak kuat sebelum aku jatuh dari katil.

Aku mengadu kesakitan.

Dia menggosok  dadahnya berkali terkejut mungkin.

Faiz yang baru tersedar itu terus sahaja menghampiri aku.

"Maaf aku tak sengaja tadi," katanya serba salah.

"Sakit tau, saya baru je peluk tiba - tiba kena tolak," ucapku geram.

Dia membantu aku untuk bangun sebelum kami berdua duduk di tilam.

"Kau dah kenapa datang sini," katanya kembali dingin.

Aku memukul tangannya geram.

"Awak belum dengar pun penjelasan saya." Dia mengeluh dan memandang aku.

"Jelaskan aku dengar," katanya.

Aku pun menjeleskan semuanya dari A ke Z tiada yang kurang dan tiada tambahan.

Dia mendengar dengan teliti sepanjang aku bercerita.

"Maaf tipu awak, semua salah Haiqal bukan saya kalau awak nak pukul, pukul Haiqal tu," dia tertawa.

"Pulak, kau juga yang bersalah tipu aku pulak tu, nasib baik aku tak ceraikan kau tadi." Dadahnya aku pukul geram.

"Awaklah tak nak dengar penjelasan saya dulu," kata ku geram.

Tangan aku ditangkap sebelum ditarik ke dalam pelukan.

"Aku mintak maaf." Aku mengangguk dalam pelukannya.

"Awak saya lapar tau," kataku memberitahu Faiz.

Dia tergelak kecil.

"Kau tak makan dekat rumah ke sayang?"

"Tak ada selera la," ucap aku lagi.

Faiz mengangguk.

"Jomlah makan Daniel ada belikan kita berdua nasi," kataku.

Dia mengangguk.

Nasi ayam.

Tau - tau je aku nak makan nasi ayam.

Sempat jugalah Faiz mengusik aku sebelum Faiz mendapat cubitan dari aku.

Kami tertawa.

Alhamdulilah semuanya dah okey.

Lepas ni nak ucap terima kasih dengan Daniel sebab bawa aku jumpa Faiz.

_________________________________________

Rumah tangga Faiz dan Raisyah terselamat.

YoY

Enjoy reading.



 MUHAMMAD FAIZ. ✔Where stories live. Discover now