♡ Faiz's || bab 42

137 4 0
                                    

42. Carving.

Aku memusingkan tubuh menghadap Faiz.

Aku teringin nak makan mangga sekarang ni tapi Faiz dah tertidur pulas.

Aku tak nak kejutkan tapi aku nak makan.

Aku tak larat nak beli. Kaki aku sakit.

Air mat mulai keluar.

Maka menangis teresak - esak lah aku di situ.

Seorang diri.

Faiz yang mendengar aku menangis terus sahaja membuka matanya, matanya digosok - gosok menghilangkan kantuknya.

"Hei manjani kau kenapa maenangis ni, sakit ke," katanya dengan panik.

Tubuhnya terus sahaja terbangun dari baringnya.

Aku tak tahu nak gelak ke macam mana sekarang ini apabila melihat mukanya yang risau itu.

"Nak makan mangga." Dia melepaskan keluhan lega.

Lega apabila mengetahui aku okey.

Mukanya dilarikan memandan jam.

"Baru jam 2 lah sayang," katanya.

"Tapi nak makan." Esakan  kembali kedengaran.

Dia mengangguk.

Dia yang memakai pyjamas hitam itu bangun dan turun dari katil.

"Tunggu kejap ek aku belikan kau dulu." Aku mengangguk.

Dompet dan kunci kereta dicapai.

"Itu je?" Aku mengangguk.

Dia mencium pipi dan perut aku sebelum pergi membeli.

Aku tersenyum.

Perut diusap - usap...

Papa awak sweet lah baby.

Sanggup bangun jam 2 pagi semata - mata nak belikan apa yang aku nakkan.

Sweet.

Sambil menunggu kedatangan dia aku memejamkan mata.

Mahu tidur sebelum Faiz mengejutkan aku.

Faiz membawa pinggan yang berisi mangga yang telah dikupas itu sebelum membangunkan aku.

Dengan mamainya aku bangun dari tidur.

Muka terus sahaja bersinar apabila melihat mangga yang telah Faiz kupas itu.

Satu demi satu masuk ke dalam mulut.

Nyumm...

Sedapnya.

Faiz hanya tersenyum.

Lampu dibuka sebelum minyak cap kapak diambil.

Diurutnya kaki aku dengan minyak cap kapak.

Kaki aku yang agak membengkak itu Faiz urut dan sapukan minyak cap kapak.

Stokin yang tebal dan berbulu itu disarungkan ke kaki aku.

"Cepat sembuh ya manjani."

Aku hanya mengangguk.

Rambut aku diikat olehnya dengan perlahan.

Aku masih tetap khusyuk memakan mangga yang berada di dalam pinggan seusai itu Faiz mencepung aku dan mencuci tangan aku sehingga bersih.

Aku tertawa apabila Faiz mengomol pipi aku yang makin tembam itu.

Pipi aku sempat digigit olehnya.

Faiz membaringkan aku di tilam empuk kami.

"Emm... nak cendol," kata aku perlahan.

Jari dimainkan.

Aku sebenarnya takut hendak menyusahkan namun tekak aku yang mahu cendol.

Dia mengusap pipi aku.

"Aku carikan kau cendol dulu ya, slèp nanti aku bangunkan," aku mengangguk happy.

Dan sekali lagi Faiz pergi meninggalkan aku.

Mata yang semakin berat itu aku tutup.

Dan aku tidak sedar bahawa Faiz sedang bertungkus - lumus memasak cendol.

Tubuh aku sekali lagi digerakkan.

Dan sama seperti tadi aku makan cendol dengan happy.

Faiz hanya melayan kerenah aku.

Faiz sembayang Tahajuud sebelum kembali mendodoikan aku.

Aku memeluk erat tubuh Faiz.

Aku tidak sedar aku benar - benar terlelap di dalam pelukan Faiz.

_________________________________________

Wbc...



 MUHAMMAD FAIZ. ✔Where stories live. Discover now