♡ Faiz's || bab 10

190 9 0
                                    

10. Pantai.

Kenapa ek selalu time aku sedih mesti kau selalu datang.

_________________________________________

Petang yang nyaman Raisyah duduk di sebuah bangku yang ada di pantai.

Hati sebak namun dalam masa yang sama gembira, gembira sebab aku sudah terlepas dari Imran.

Air mata yang sedaya upaya ditahan dalam kelopak mata akhirnya bocor juga. Sungguh hatiku rasa ditusuk pisau yang tajam.

Rasanya sangat menyakitkan apabila mengetahui hal yang sebenar.

Imran hanya mempergunakan aku untuk tujuan kepentingan dirinya sendiri.

Sungguh aku merasa tidak berguna sekarang ini kerana percaya bulat - bulat kepada Imran.

Jika masa boleh diulang aku ingin menolak cinta Imran yang palsu itu dan tidak mempercayai ayatnya walaupun sekecil - kecil zarah.

Bahu terhinjut apabila aku merasakan ada sesuatu yang sedang memegang bahu.

Aku mengelap air mata yang masih tersisa di pelupuk mata.

Lantas kepalanya menoleh memandang orang yang sedang berada di belakangnya.

Kelihatannya seorang kanak - kanak perempuan dan juga kanak - kanak lelaki.

Mereka berdua tersenyum lebar.

"Nah," katanya sambil menghulurkan tisu serta air mineral.

Dahi aku berkerut hebat.

"Buat aka ya?" soal  aku sambil tangan teragak - agak menyambut tisu dan air mineral.

Mereka berdua terus sahaja mengangguk dengan laju.

"Daripada siapa adik?" tanya aku lagi.

Musykil aku apabila mereka berdua tiba - tiba sahaja datang dan memberikan aku tisu serta air.

Namun mereka hanya diam, jadi aku menyimpulkan bahawa mereka mungkin simpati dengan keadaan aku sekarang ini.

Tapi aku masih tertanya - tanya takkan lah mereka berdua ini... dan pada akhirnya aku hanya berfikiran positif.

"Terima kasih," ucapku dengan ikhlas.

Mereka mengangguk.

Aku dengan cepat terus sahaja memberikan mereka enam gula - gula.

Dengan senyuman manis mereka menerimanya.

Kemudian mereka pun berlalu pergi sebaik sahaja meminta diri.

Aku meneguk air mineral dengan rakus.

Jujur aku sedang haus apabila sudah puas menangis tadi.

Lelaki macam Imran tu tidak wajib ditangisi.

Namun saja tanpa aku sedari c dia sedang memerhatikan aku dari jauh.

Menemani aku sehingga aku puas melepaskan kegeraman aku kepada Imran dan sehingga aku menaiki Grab dia setia memerhatikan aku.

_________________________________________

Jeng - jeng... siapakah c dia itu.
Kalau berani cubalah teka...

Kalau betul tahniah kalau salah tetap tahniah..

Tapi rasanya kotrang semua dah boleh agak kan.

Vote and comment.

Love you all so much.😚


 MUHAMMAD FAIZ. ✔Where stories live. Discover now