♡ Faiz's || bab 15

172 6 0
                                    

15. Baju kahwin dan cincin.

Faiz menanti Raisyah dengan sabar di dalam keretanya.

Matanya memandang pintu rumah Raisyah menunggu dengan sabar sehingga pintu rumah Raisyah terbuka, mukanya terus sahaja gembira.

Senyuman manis terukir indah di bibirnya.

Raisyah menyalami Ibu Siti sebelum bergerak menuju ke kereta Faiz.

Raisyah yang memakai baju kurung biru itu sangat comel.

"Maaf lambat," ucapku setelah aku maduk ke dalam kereta.

Tidak lupa juga sebelum masuk salam diberikan terlebih dahulu.

"Waalaikumsalam, tak aku baru 10 minit tunggu ka, jangan risau," kata Faiz dengan selembah badak.

Kata - kata Faiz yang poyo itu membuatkan hati aku berdongkol geram.

Namun aku hanya menyabarkan hati, tidak mahu emosi di saat hari yang tidak bahagia pagi ini.

"Dalah jom, lagi cepat pilih lagi cepat aku boleh tidur dekat rumah." Aku terus sahaja memakaikan tali pinggang keledar di pinggang.

Faiz memutarkan bebola matanya sebelum menghidupkan enjin.

Gear satu dimasukkan terlebih dahulu sebelum memandu ke destinasi yang dituju.

Sesampai sahaja  di butik Ibu, aku terus sahaja keluar tanpa menunggu Faiz yang masih terkial - kial di belakang.

Langkah dibawa laju.

Pintu butik dibuka sebelum aku melabuhkan pungung di kerusi kesukaan aku.

Aku dalam diam mengeluh, rindu terhadap Ibu semakin menebal di dalam hati.

Faiz sempat menjeling aku tajam sebelum duduk di kerusi yang bertentangan dengan aku.

Fikri melangkah ke arah kami berdua  dengan membawa buku langkahnya itu berlengok seperti perempuan melayu terakhir.

"Cik Raisyah dengan encik Faiz sepakat nak pilih baju warna apa," tanyanya dengan lembut.

Biasalah Fikri ni memang jenis sotong kurita.

"Aku nak hitam," ucap Faiz.

Mata aku membulat.

Hitam.

Dia ni nak berkabung ke macam mana?

"Ah takde - takde aku nak warna biru," bantah aku dengan keras.

"Biru... kolot sangat, hitam lagi cantik." Faiz memeluk tubuhnya sambil memandang Fikri yang jelas terdiam mendengar pergaduhan kami berdua.

"Biru,"

"Hitam,"

Akhirnya Fikri memandang kami dengan keluhan dan kestressan  di hati.

"Putih je la," ucap Fikri yang terus sahaja mematikan perbalahan kami berdua.

Baju pengantin putih itu dibawa keluar dari belakang.

Mata aku bersinar.

Cantik, sesuai dengan cita rasa aku, simple tapi sangat sesuai untuk aku.

Akhirnya kami bersetuju mengambil baju putih untuk majlis perkahwinan kami nanti.

Setelah selesai memilih atau lebih tepatnya Fikri yang pilihkan kami pun bergerak ke arah kedai emas untuk membeli cincin kahwin.

Pintu kedai emas dibuka, lonceng berbunyi menandakan ada seseorang yang masuk ke dalam kedai.

"Ada apa yang boleh saya bantu encik, cik." Pekerja kedai itu tersenyum manis dengan kelibat kami berdua yang sudah melabuhkan duduknya di kerusi yang telah disediakan di situ.

Faiz bersuara nak harapkan aku tak kesudahannya tak beli cincin.

"Ermm... kami nak beli cincin kahwin," kata Faiz dengan sedikit kekok.

Kekok apabila pekerja itu dari tadi memperhatikan Faiz.

Well barang baik kan mestilah dilihat banyak kali.

Muka pekerja itu terus sahaja menjadi muram sebab tak dapat mengorat la tu.

"Kalau macam tu, ini koleksi untuk cincin kahwin, encik dan cik boleh pilih."

Mata kami berdua meliar memandang cincin - cincin yang berada di sana.

"Aku rasa yang ni cantik," kata aku sambil menunjukkan cincin yang langsung tidak punya hiasan itu.

Simple dan tak serabut.

Faiz menggeleng laju.

Cita rasa aku terlalu old fashion baginya.

Cincin yang mempunyai berlian itu ditunjukkan.

Aku sudah menyumpah Faiz di dalam hati.

"Yang ini, aku nak," kata aku sambil memandang Faiz dengan tajam.

"Ni, aku yang bayar aku lah yang pilih,"

Aku mencebik.

Lelaki memang tak nak kalah ke.

Well speak to yourself Mrs Mohammad Faiz.

Akhirnya gara - gara pilih cincin kami bertekak.

Pekerja - pekerja sudah menggaru kepala mereka, bingung kami ni nak kahwin ke nak berperang.

Pada akhirnya pekerja yang bernama Natasya itu menunjukkan cincin yang mempunyai ukiran bunga ros.

Kami berdua bersetuju.

Cincin itu cantik dan simple.

Yang pentingnya tak old fashion bak kata  . 

Setelah penat bergaduh kami akhirnya singgah KFC sebelum bergerak pulang.

Sempat jugalah kami berdua singgah di masjid untuk solat Zuhur.

Sampai di rumah aku terus sahaja berbaring dan sedar tak sedar aku terlelap.

Terlalu tidak bahagia menanti hari esok.
Hari yang bersejarah dalam hidup.

Hari di mana aku akan bertukar status.

Tabahkan lah diri ini menghadapi hidup.

Hidup berumah tangga.

_________________________________________

Enjoy reading.😗😗




 MUHAMMAD FAIZ. ✔Where stories live. Discover now