SIDE STORY : DAMIEN II

453 21 3
                                    

Sejak dari insiden Damien menangis sepenuh hati sampai bengkak mata dan merah pipi, Haaya kembali menjadi Haaya yang dia kenal.

Mereka berbual hampir setiap hari. Walaupun ada masanya hanya berbual pendek.

Haaya mahu berikan semangat untuk Damien.

Sementara Damien hanya mahu mendengar suara Haaya. Walaupun sekejap.

Dia tak pernah buka cerita memberikan sebab kenapa dia menjauhkan diri dari Haaya sebelum ini. Haaya juga tidak bertanya.

Mereka bagaikan setuju untuk tidak menyentuh waktu itu. Waktu dimana mereka berdua bagaikan orang asing.

"Baby?"

Damien memanggil Haaya.

"Babyyy."

Meleret mengada Damien memanggil Haaya.

"...Ya?"

Damien ketawa geli hati bila Haaya teragak-agak nak menjawab. Dia memang tak berapa gemar dipanggil baby.

"Awak nak masak apa tu?"

Bagaikan boleh mengintai dari telefon, Damien mendekatkan wajahnya ke skrin. Haaya terkejut bila melihat dahi Damien sebelum dia beristighfar perlahan.

"Astaghfirullahalazim, dia ni."

Damien ketawa lagi. Geram bunyi suara Haaya.

Membetulkan posisi telefonnya, Haaya melambai ke telefonnya.

"Wah! Saya nampak semuanya."

Haaya menyengih. Posisi telefonnya buatkan dia rasa macam tengah buat video untuk YouTube.

Damien dibalik skrin tersenyum ceria. Sejak kebelakangan ini, Damien terasa lebih clingy. Ada sahaja benda yang dia nak ceritakan.

Damien juga sedar dia clingy. Tapi Haaya tak pernah berikan komen. Hanya melayan apa sahaja kerenah Damien.

"Macam mana hari ni? How was your day?"

Soalan wajib Haaya membuatkan hati Damien terasa berbunga-bunga. Rasa bahagia bila orang yang kita sayang mengambil berat tentang kita.

"Hectic. Seharian saya ke sana sini hari ni. Matahari dah tenggelam baru dapat jejak bilik. Tapi dengar dan tengok awak dah buatkan rasa penat tu hilang melayang."

Haaya menggelengkan kepala. Tapi Damien nampak hujung bibir Haaya yang ternaik.

"How about yours? Tell me everything, I want to know.", ujar Damien.

Matanya berkelip-kelip.

Comel.

Tapi Haaya menyimpan kata didalam kepala. Tak dikeluarkan.

"Biasa je. Study week macam ni bukannya buat apa sangat kecuali revision sendiri."

Bila Haaya mahu menyambung kata, tiba-tiba pergerakannya terhenti. Matanya merenung telefon.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now