"Daddy..?"
Alex nampak bingung.
James terkejut. Anak aku..
Lily yang duduk disebelah katil James terus bangun mendapatkan Alex. Air matanya terus mengalir dek kerinduan teramat sangat kepada anak perempuannya itu.
"Mummy missed so so badly, honey."
Tersedu-sedu suara Lily menangis. Alex tersenyum segaris membalas pelukan ibunya. Akhirnya. Selepas beberapa tahun, dia dapat juga memeluk ibunya. Cekalnya lah hati aku sepanjang masa ni berjauhan dengan mummy.
"Don't cry, mummy. I'm right here."
Alex memujuk ibunya dengan suara lembut.
Lily merenggangkan pelukan. Melihat perubahan anaknya yang paling jelas. Kalau dahulu sebelum Alex convert, setiap kali Alex pulang daripada universitinya, dia akan rasa nak sakit jantung melihat eksperimen fesyen Alex yang berbagai. Sekejap rambut biru. Sekejap seluar koyak-koyak. Sekejap tight dress. Tapi kali ini, Alex yang berhijab dan berpakaian sopan membuatkan hati seorang ibunya tenang.
"You look lovely, honey.", lembut suara Lily memuji. Terlupa dia sebentar akan suaminya yang hanya memerhati tanpa suara sedari tadi.
"Mana Haaya dengan Damien?", soal Lily.
"Dekat luar."
"I've got something urgent to tell Haaya.", Lily menepuk lengan Alex. Meminta dalam diam supaya Alex dan James cuba untuk berbincang dari hati ke hati. Dari seorang anak ke ayah.
Sebaik saja Lily keluar, wajah Haaya yang nampak penat terus menyapanya.
"Haaya!"
Lily menarik Haaya ke dalam pelukan. Damien yang memerhati hanya tersenyum. Walaupun mummy cari Haaya dulu sebelum dia, well dia tak kisah pun.
"Thank you. Thank you so much sebab berjaya bawa Alex balik.".
Haaya tersenyum nipis.
"Alhamdulillah, mummy. Alex terbuka hati nak balik. Uncle macam mana?"
"Dia dah stabil. Semalam boleh tahan teruk juga. Mummy dah kelam kabut. Nasib baik Ameena datang membantu."
"Mak mana?", Haaya mencari kelibat ibunya. Tak nampak pulak.
"Pergi surau katanya. Eh, tu dia."
Mata mereka bertiga terus melekat kepada Ameena yang muncul tiba-tiba. Dah habis solat sunat kut.
"Mak okay?", soal Haaya.
"Apa pulak tak okay. Takde masalah.", Ameena memeluk anaknya. Hampir seminggu tak jumpa. Yelah baru balik cuti, kena le Australia pula. Sebelum ni dah berbulan tak jumpa.
Suara yang tiba-tiba meninggi daripada bilik wad James membuatkan mereka semua terkejut. Kenapa pulak?
"After all these years, bila dapat berita daddy dah nak mati, baru Alex tergerak hati nak balik? What a good child you are."
Tajam kata-kata James menusuk ke dalam hati Alex. Bukan sahaja Alex. Tetapi semua yang ada di situ. Wajah James tegas tanpa senyuman langsung.
"How about how a great dad you are? I called and I called and I called, to beg for your forgiveness. But what did you say? Oh, daddy menyesal ada anak macam Alex. That hurts till now, dear dad.", balas Alex yang tak mahu kalah. Ingatnya daddy mahu berbaik setelah sekian lama. Tetapi tidak. Masih berpegang dengan egonya.
Lily menyampuk dengan kerutan di dahi.
"She called and you said that? Kepada satu-satunya anak perempuan kita?", lirih suara Lily. Tidak menyangka suaminya sekejam itu. Anaknya hanya memilih untuk tukar agama. Bukannya membelakangkan keluarga terus.
YOU ARE READING
Soulmate? //COMPLETED//
RomanceHaaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik yang dia cuba elakkan selama dia hidup selama 23 tahun ini. Love conflict. "Because you're a beauty w...