Chapter 32

1.3K 83 7
                                    

Berkerut dahi Haaya melihat apa yang ada di depan matanya. Apa semua ni?

"Tadaa!", Razin tersenyum lebar.

Haaya mengangkat muka dari kotak kasut tinggi rekaan pereka fesyen terkenal itu.

"Untuk siapa ni?", soal Haaya.

Hati mula cuak.

Jangan kata untuk aku.

"Untuk awak lah, Haaya.", Razin duduk mengambil tempat di hadapan Haaya. Tak sangka pejabat Haaya ni boleh tahan besar juga. Untung habis study terus dapat kerja yang elok.

"Saya?", Haaya tanya soalan kurang cerdik.

"Takkan saya pulak nak pakai?", Razin ketawa sendiri.

Haaya ketawa hambar. Ha ha ha.

"Thanks, awak. Cantik kasut ni. Tapi..", Haaya merenung tak berkerdip ke arah sebab musabab dia teragak-agak untuk menerima hadiah Razin.

Tumitnya.

Heels dia kemain tinggi lagi. Ni berapa inci ni? Macam tujuh inci. Ingat aku ni Neelofa ke nak pakai heels tinggi macam ni?

"Tinggi sangat ke? Saya ingat ni memang style ladies sekarang suka pakai?", ujar Razin.

"Ladies mana awak tengok ni? Ni kalau saya pakai then jatuh, tak selamat kaki saya rasanya.", Haaya menunjukkan wajah ngeri.

Membayangkan sakit sebab jatuh. Dan juga malu sebab jatuh. Bila dua ni bergabung, dia tahu mana dulu yang menguasai perasaannya.

Haruslah malu!

"Habis tu awak tak suka lah saya belikan awak hadiah ni?", nada Razin mula lain.

Haaya terasa macam ada yang tak kena dengan Razin. Tambah pula mukanya nampak kelat. Berubah drastik daripada senyum lebarnya tadi. Haaya paksa wajah agar tersenyum.

"Eh, tak lah. Saya suka.", Haaya senyum.

"Tengok muka awak pun saya tahu. Awak tak suka kan? Cakap jelah awal-awal.", Razin buat muka beku.

Aik?

"Okay. Macam ni lah. Saya suka hadiah awak ni. Cuma heels dia tinggi sangat. Itu je. Terima kasih sebab belikan untuk saya.", lembut suara Haaya.

Dia tak tahu lah apa yang tak kena dengan Razin. Tapi dia mula rasa tak selesa.

Dah kenapa dengan mamat ni? Period ke? Luar biasa kalau tetiba Razin PMS.

"Macam tak ikhlas je. Menyesal pulak rasanya belikan awak hadiah."

Razin terus keluar dari pejabat Haaya. Meninggalkan Haaya yang tergamam di atas kerusinya.

What? Apa yang baru jadi tadi? Mula-mula datang, sengih-sengih. Bawa hadiah. Tiba-tiba macam ni pulak.

Afzan masuk ke dalam pejabat Haaya selepas mengetuk pintu dengan wajah geram tapi ditahan.

Haaya dilihat masih terpaku di atas kerusinya.

"I'm sorry for intruding, Cik Haaya. But what was that? Why is he all bitchy?", Afzan membuat muka tak suka.

Dari tadi dia duk curi dengar dari luar memandangkan Haaya tidak pernah menutup pintu dengan rapat seandaikan dia ada tetamu lelaki. Jadi dia dapat dengar semuanya.

"Akak pun tak tahu. Dah kenapa dengan dia?", Haaya rasa serabut. Apa masalah dia?

"What should I do? Akak nak kena kejar dia ke?", Haaya berkerut.

Selalu yang dia baca dalam novel atau tengok dalam movies, scene macam ni kena kejar mengejar. Tapi takkan aku nak kejar dia memandangkan kerja aku bertimbun hari ni.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now