Chapter 35

1.4K 78 1
                                    

"You know mummy doesn't like her, Ian."

Wajah Alex yang berada di skrin laptop dipandang. Skype antara dua negara. Antara dua beradik.

Kepala diangguk perlahan. Bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Alex. Dia sedar hakikat itu.

"Then, kenapa keluar berita pasal korang berdua?", Alex menayangkan tabletnya.

Artikel daripada laman web apa entah. Mana lah diaorang dapat gambar ni. Pandai pulak tu cari gambar yang menampakkan kami mesra semacam. Huh, memang lain macam betul media sekarang.

Damien mengeluh sendiri.

"I don't even know. She said something but I can't hear her. So I lean in.", Damien menggaru kepalanya. Terasa bebal sekejap.

Hasil daripada itu? Keluar lah gambar seolah-olah dia dan Mary pasangan yang ideal. Pandai je artikel ni letak headline macam tu.

"Mummy won't like this.", Alex menggeleng kepala. Muka sangat tak suka.

"I don't like this either.", Damien berjeda sebelum menyambung.

"Agaknya Haaya dah terbaca ke pasal ni?"

Aduh. Kalau Haaya baca, habislah aku. Mungkin akan dilabel sebagai penipu. Dah berjanji nak tunggu dia, alih-alih keluar pulak berita pasal aku dengan perempuan lain. Ex pulak tu.

I'm so dead.

Aku baru je nak dapatkan kepercayaan Haaya.

"I don't think so. Haaya bukan jenis yang suka baca gosip macam ni. Melainkan kalau ada orang lain baca dan sampaikan pada dia.", Alex mengusap dagu perlahan. Berfikir.

"Harapnya dia tak baca. Or else, she won't believe my feelings to her.", ayat Damien sedih.

Alex pula mengeluh.

"About that..", Alex menghentikan ayatnya.

Berfikir sama ada dia patut bersuara atau diamkan sahaja. Hmm. Ah lantak lah. Baik cakap je.

"You know I do believe that you're the best for Haaya?", sambung Alex.

Damien duduk tegak. Rasa tak percaya dengan apa yang kakaknya baru cakap.

Alex yakin aku sesuai untuk Haaya?

Terharu pulak rasanya. Bukan senang nak dapatkan kepercayaan Alex bila membabitkan seorang Haaya Rose.

"Jangan nak buat muka terharu.", Alex buat muka malas.

Damien terus tertawa. Tahu-tahu je.

"I believe in you. So I'm going to tell you. Sebab kenapa Haaya teragak-agak nak terima kau."

Damien mengambil nafas. Sedang menyediakan diri untuk mendengar sebab yang dia sendiri boleh agak. Cuma masih belum pasti.

"Because she wanted more of you. And she can't have all of you when you're not a Muslim.", wajah Alex bersimpati.

Cinta jarak jauh satu hal. Cinta lain agama pun satu hal lagi.

"Dia cakap dia boleh bayangkan masa depan dia dengan kau. Hidup dengan kau. Spend her life with you. Marry you. Tapi.. Agama jadi batasan.", Alex senyum sedih.

Damien tergamam.

Haaya fikir macam tu? Haaya nak kahwin dengan aku? Spend her time next to me? For the rest of our lives?

"You believe in your belief. So.. Dia tak sanggup nak ada hubungan tapi tak boleh nak ke tahap seterusnya. Macam sia-sia. Dia tak nak korbankan kepercayaan kau semata-mata sebab nak kahwin. Dia nak kau yang ikhlas."

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now