Chapter VIII

1.9K 88 2
                                    

"So kena ikut juga lah ni?"

Haaya mempertimbangkan.

"Tapi kalau awak tak nak ikut, saya tak boleh nak paksa. Tapi kalau awak ikut, Alex mesti suka."

Mendengar nama Alex membuatkan Haaya gembira bercampur sedih.

Melihatkan Haaya yang diam tanpa kata membuatkan Damien memandang wajah Haaya buat seketika.

"Hey.. Kenapa muka sedih ni?", lembut suara Damien.

Haaya memandang ke arah Damien yang memandang wajahnya dan jalan berselang seli. Nasib baiklah dia tahu yang Damien ini antara pemandu paling cekap yang dia pernah jumpa. Kalau tak. Mintak kena marah buat macam tu. Bahaya. Bawa kereta kena fokus.

"Rindu pada Alex. Macam mana lah dia di sana selama ni. Seorang diri."

Damien mengeluh perlahan mendengar kata-kata Haaya.

Apa yang terjadi dahulu antara daddy dan Alex adalah perkara yang boleh dipertimbangkan dan dibincang secara baik.

Tetapi.

Alex dan daddy seperti biasan cermin. Perangai sebjik sama saling tak tumpah. Termasuklah bab keras kepala. It can be a good thing in business tapi bukan dalam hal family.

Sebab itulah hubungan mesra dan rapat antara daddy dan anak perempuan kesayangan bertukar drastik 360 darjah. Langsung tidak bertegur sapa. Sudah tiga tahun pun.

Puncanya adalah kerana Alex memeluk agama Islam. Ya. Itulah masalah mereka. Alex convert tanpa memberi tahu sesiapa pun. Terutamanya daddy. Selama ini Alex tidak pernah membelakangkan daddy tak kira dalam soal apa pun.

Bila daddy tahu Alex convert tanpa pengetahuannya, dia marah. Livid. Kata-kata terbalas.

Kata-kata yang tidak baik terlepas dan mengguris hati masing-masing. Sehinggalah daddy buat keputusan yang mengejutkan semua orang.

Alexandra dihalau serta merta.

Dan Alexandra terus menghilangkan diri selama dua tahun tanpa memberitahu keberadaannya sehinggalah dia menghubungi Haaya tahun lepas.

"Bila last awak contact dia?", soal Damien.

"Minggu lepas. She looks good."

Haaya tersenyum nipis. Alex nampak lebih matang dan tenang. Tetap dengan perangai gila-gilanya walaupun memendam rasa sendirian.

"Saya ingat nak surprise kan dia. And awak lah surprise paling best. She loves you most.", Damien sengih.

Dia langsung tak cemburu dengan kasih sayang melimpah ruah kakaknya kepada Haaya.

Okay lah. Dia tipu. Jealous sikit. Sikit je. Sikit je okay.

"Mak dengan mummy dah tau ke?", soal Haaya.

Damien menjulingkan matanya ke atas. Lagi mau tanya.

"Duh. Dua orang tu bestie for life. Mestilah diaorang tau. Diaorang pun yang cadangkan."

Haaya ketawa kecil. Sejak keluarga Damien berpindah ke kampung mereka bertahun lalu, mak dan Mummy Lily terus ngam dan jadi kawan baik. Dah macam belangkas.

Di mana ada Ameena, di situlah ada Lily.

"Mummy mesti dah ada dekat rumah awak ni."

Tekaan Damien betul. Sebaik sahaja kereta masuk ke halaman rumah, kedua-dua ibu mereka sudah menunggu di porch. Tau-tau je dah nak sampai. Masing-masing tersenyum kemain lebar lagi. Nak menyambut anak-anak.

Belum keluar daripada kereta lagi, Damien sudah melaung.

"Mummy, mak! Ian dah balik!"

Haaya menggeleng kepala. Belum lagi keluar kereta dah bising. Saja jelah berdrama.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now