Cincin pertunangan di jari dipandang lama. Berat pulak tangan rasanya.
Cantik.
Razin pilihkan. Surprise katanya.
Haaya memandang dengan rasa berdebar. Lain macam rasanya bila jadi tunangan orang. Heavy. Rasa macam tanggungjawab bakal bertambah berat dan memberat.
"Tenung cincin lama-lama buat apa? Kau tak nak makan ke? Semua orang tengah sedap makan bawah khemah tu.", Ajeerah muncul di muka pintu.
Rombongan keluarga Razin sedang enak menjamu selera di luar. Haaya pula masih di dalam bilik. Nak bersendirian sekejap katanya.
Sekejap apanya, dah nak dekat dua puluh minit juga ni. Karang makcik-makcik Razin fikir apa pula. Ameena dekat luar dah jeling-jeling ke dalam rumah.
Ini pun dia masuk ke dalam mencari Haaya selepas dikerah oleh Ameena dan Alex. Lily sibuk melayan tetamu yang bertanya itu ini. Distract mereka daripada sedar yang Haaya sudah hilang. Bagus juga teamwork mereka semua.
"Aku cuma.. Betul ke apa yang aku buat ni, Ajeerah?", Haaya buntu.
Ikut perbincangan, majlis perkahwinan mereka akan berlangsung lagi enam bulan. Atas permintaan Haaya, majlis akan diadakan secara ringkas. Hanya saudara mara dan kawan-kawan yang terdekat saja dijemput. Nasib baik mereka semua setuju dengan permintaannya.
Ajeerah mengambil tempat disebelah Haaya. Menepuk perlahan tangan Haaya.
"Kau buat ni demi mak kau. Inshaa Allah, pilihan mak tu selalunya okay. Have faith demi mak kau.", ujar Ajeerah.
"Lagipun, Razin tu banyak kelebihan dia. Dan aku rasa kelebihan dia yang paling hebat adalah...", Ajeerah sengaja menggantung ayat.
Bagi suspens sikit.
Kening Haaya sudah naik. Menanti ayat seterusnya.
"Dia betul-betul nampak sayangkan kau. Bak kata mak aku, pilih orang yang sayangkan kita lebih daripada kita sayangkan dia. Faham?", Ajeerah menasihati bersungguh-sungguh.
Haaya mengangguk-angguk. Ada benarnya.
Razin nampak betul-betul ikhlas dengan aku. Bersungguh-sungguh nak ambil hati aku.
"Lagi satu, kalau in case ada something terjadi. Aku tak doa kan. Aku cakap je, okay.", Ajeerah memberi amaran.
"Kalau apa-apa jadi, Razin sakitkan hati kau lagi teruk daripada apa yang adik Alex buat, kitaorang standby je nak call mafia.", wajah Ajeerah serius.
Sekarang ini mereka jarang sebut nama Damien. Alex pun sebut Damien sebagai adik sahaja. Menjaga sensitiviti Haaya.
Haaya ketawa besar melihat wajah serius Ajeerah. Maintain serius yang tak tahan tu.
"Aku serius. One wrong move, he's dead."
Ajeerah melarikan jari telunjuknya dari bahu kiri ke bahu kanan. Wajah pula digarangkan. Lagi lah Haaya ketawa geli hati.
"Walaupun muka garang kau kelakar, but still. Thanks weh. Aku bersyukur ada kawan-kawan macam kau and the rest.", Haaya menyengih.
"Jom lah makan. Aku lapar.", suara Jo pula muncul dari muka pintu.
Muka Jo nampak sedih. Kenapa pulak ni?
"Kenapa kau tak makan dulu?", soal Ajeerah.
Rasanya tadi dia nampak Jo dah ready nak ambil pinggan.
"Makcik dengan Aunty tak bagi aku makan selagi aku tak heret kau keluar, tau tak.", Jo memegang perutnya. Sabar ya perut. Ye aku tahu kau lapar.
Tergelak Haaya dan Ajeerah melihat tingkah Johanna. Sedih sangat gayanya.
YOU ARE READING
Soulmate? //COMPLETED//
RomanceHaaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik yang dia cuba elakkan selama dia hidup selama 23 tahun ini. Love conflict. "Because you're a beauty w...